Hasrat atlet wushu, Yeap Wai Kin, yang sebelum ini mencuri tumpuan meraih pingat emas dalam acara jianshu dan qiangshu, untuk menambah koleksi pingat ketiganya tidak kesampaian apabila sekadar mencatat 9.65 dalam acara changquan untuk berada di tempat keempat keseluruhan.

Begitu juga dengan Audrey Chan yang menamatkan saingan taijiquan di tempat kelima dengan 9.20 mata dan kedua-dua mereka terpaksa akur dengan keputusan yang diraih.

"Saya sudah mencuba yang terbaik.

"Persaingan merebut pingat sangat sengit, tahniah kepada mereka," kata Wai Kin.

Secara keseluruhan, ia boleh dianggap kempen yang berjaya buat skuad wushu negara selepas meraih enam emas, empat perak dan tiga gangsa jika dibandingkan dengan dua tahun lalu di Singapura apabila mereka hanya membawa pulang dua emas, tiga perak dan empat gangsa.

"Saya sangat gembira dengan anak buah saya kerana kami berjaya mencapai sasaran enam emas,” ujar jurulatih wushu negara, Lim Yew Fai.

"Bukan itu sahaja, malah saya menganggap mereka mencapai 90 peratus dalam tahap persembahan mereka.

"Mereka melakukan rutin dengan sempurna, inilah yang saya mahukan."

Tonton acara-acara Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 secara langsung dan percuma di Astro GO.