Ammar Hakim
Sun Mar 26 2023
Goh Soon Huat-Shevon Lai menghidupkan harapan Malaysia memenangi gelaran Jelajah Dunia BWF pertama tahun ini selepas mereka mara ke final Terbuka Switzerland, selepas Lee Zii Jia dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi kedua-duanya tewas di separuh akhir.
Soon Huat-Shevon menamatkan saingan Super 300 itu sebagai naib juara tahun lalu, bakal berdepan cabaran getir di final apabila bertemu wakil China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin.
Kemenangan beregu campuran negara itu membuktikan mereka menjadi penyelamatkan terakhir selepas dua lagi wakil negara tersingkir di separuh akhir.
Zii jia gagal meneruskan rentak cemerlang apabila tewas 11-21, 14-21 kepada wakil Jepun, Koki Watanabe.
Yew Sin-Ee Yi pula menghadirkan cabaran ketika berdepan wakil India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, namun tewas 19-21, 21-17, 17-21.

Badminton: Nur Izzuddin-Sze Fei sah kembali bergandingan
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, hari ini mengesahkan bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei akan kembali bergandingan demi mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Masters Malaysia: Kegagalan jadi pengalaman berguna Wei Chong-Kai Wun sasar layak ke Paris 2024
Beregu lelaki memningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, akui kecewa terlepas peluang bergelar juara Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil minggu lalu.

Masters Malaysia: Man Wei Chong-Tee Kai Wun beri aksi penutup kejohanan dengan penuh dramatik
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menamatkan cabaran mereka di pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan penuh bermaruah dengan kejayaan muncul sebagai naib juara dalam saingan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Semangat juang Pearly-Thinaah tawan hati rakyat Malaysia
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menamatkan perjalanan penuh cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila dinobat sebagai naib juara di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Masters Malaysia: Wei Chong-Kai Wun bawa cabaran negara ke final
Beregu lelaki meningkat naik negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sekali lagi mencipta kejutan apabila melangkah ke pentas final Kejohanan Badminton Masters Malaysia dengan menumbangkan beregu dari Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Malaysia Masters: Pearly Tan-M. Thinaah pamer aksi penuh dramatik mara ke final
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan sensasi dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila melangkah ke pentas final susulan kejayaan menumbangkan pilihan kelima dari Korea Selatan, Jeong Na-eun-Kim Hye-jeong di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik tersingkir di tangan beregu Indonesia
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia selepas tewas kepada beregu meningkat naik Indonesia, Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Masters Malaysia: Perjuangan Yew Sin-Ee Yi ternoktah dalam suku akhir
Perjuangan beregu lelaki profesional negara, Ong Yw Sin-Teo Ee Yi, dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia ternoktah di peringkat suku akhir selepas tewas kepada gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Masters Malaysia: Rexy Mainaky berang pengadil hentikan permainan ketika rally berjalan
Pengarah Kejurulatihan Bahagian Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, tidak berpuas hati apabila pengadil menghentikan perlawanan sewaktu rally berlangsung dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil hari ini.

Masters Malaysia: Pearly-Thinaah ke separuh akhir tumbangkan pilihan keempat
Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, meneruskan sensasi dalam Kejohanan Badminton Masters Malaysia apabila menumbangkan pilihan keempat dari Jepun, Yuki Fukushima-Sayaka Hirota, dalam perlawanan suku akhir di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi.

Selangor mengganas di Perak
Kemenangan besar yang dicipta Selangor ke atas Perak dalam perlawanan ke-11 Liga Super telah mengukuhkan lagi kedudukan Red Giants di tempat kedua liga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sukan SEA Kemboja: MSN kenal pasti punca hilang 12 emas
Majlis Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia, yang 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Sukan SEA Kemboja: Setiap persatuan perlu pikul bersama tanggungjawab gagal lepasi sasaran -- KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru setiap persatuan sukan kebangsaan untuk bersama memikul tanggungjawab atas kegagalan kontinjen negara melepasi sasaran pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Hamidin akui kecewa prestasi hambar skuad B22 di Kemboja
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa dengan prestasi yang dipamerkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) di Sukan SEA Kemboja yang berakhir pada Rabu.

Selamat Tinggal Kemboja, Bangkok 2025 tunggu kami datang!
Temasya Sukan SEA ke-32 secara rasminya melabuhkan tirai sebaik obor dipadamkan dalam upacara penutup yang berlangsung cukup meriah dengan dihadiri puluhan ribu penonton di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Sasaran pingat emas bukan perancangan jangka masa singkat -- Jefri
Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffri Ngadirin menafikan persatuan sukan sekadar janji bulan dan bintang dalam memenuhi sasaran emas sebelum ke Sukan SEA Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: BAM cari faktor kegagalan skuad badminton capai sasaran
Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu pingat emas apabila wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin tewas di pentas final.

Sukan SEA Kemboja: Persatuan sukan harus tampil beri jawapan -- Nasir Ali
'Persatuan kena tampil jawab', itu perkongsian Chef De Mission (CDM) Sukan SEA Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali, selepas kontinjen negara menamatkan saingan di tangga ketujuh Sukan SEA edisi ke-32.

Malaysia Masters: Kemboja pentas pemanas badan terbaik Jun Hao
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, menyifatkan Sukan SEA Kemboja 2023 pentas pemanas badan terbaik menjelang kejohanan Malaysia Masters 23 Mei ini.

Sukan SEA Kemboja: Iman Hakim gembira butir pingat emas
‘Saya tidak boleh kalah kepada adik saya’, semangat itulah yang membawa kepada perjuangan hidup mati Ahmad Nor Iman Kakim, anak legenda muay thai negara, Rakib Ahmad.

Sukan SEA Kemboja: Faris Harizan dedikasi pingat emas buat keluarga
'Keluarga, pasukan dan diri sendiri' itu merupakan perkataan yang terpapar di pergelangan kiri dan kanan tangan Faris Harizan cukup untuk menceritakan segalanya selepas membantu skuad hoki negara meraih pingat emas Sukan SEA Kemboja hari ini.

Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan: Azizulhasni kembali temui rentak kemenangan
Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, tiada masalah menewaskan Shah Firdaus Sahrom untuk meraih pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional Nilai dalam acara pecut lelaki elit hari ini.

Sukan SEA Kemboja: Jason Loo pingat emas kejayaan luar jangkaan
Pemenang pingat emas taekwondo dalam acara poomsae, Jason Loo tidak menjangkakan kejayaannya selepas acaranya tidak dipertandingkan dalam edisi lalu namun persediaan tetap berjalan sehingga hari terakhir sebelum bertolak ke Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: Skuad hoki negara tepati ramalan peroleh pingat emas
Skuad hoki lelaki negara meneruskan dominasi di pentas Asia Tenggaara apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam aksi final, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Lego Sam pertahan pingat emas
Kontinjen Malaysia menambah bilangan pingat emas dalam saingan Sukan SEA Kemboja susulan kejayaan terindah atlet negara dalam acara final 'breakdance' yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.