Atlet menembak Selangor, Haritz Iklil Hessly Hafiz, menganggap Sukan Malaysia (Sukma) MSN dari 16 September depan sebagai pentas untuk menguji tahap prestasinya sambil menganggap memenangi pingat emas adalah satu bonus.

Dia yang masih segar dengan kejayaan dalam Trofi Chia Woh di Lapangan Menembak Kebangsaan di Subang, minggu lalu, bertekad memperbaiki kilauan gangsa dalam Sukma 2018.

Dia membidik 247.3 mata dalam pusingan akhir untuk memadam rekod 246.4 milik Lufti Othman.

"Prestasi saya agak memuaskan apabila baru cipta rekod baru 10m air rifle dalam final.




"Jadi saya mahu raih medal yang lebih baik berbanding Sukma lalu," katanya di Kem Kontinjen Negeri Selangor di Shah Alam, hari ini.

Dia merupakan pemenang emas Kejohanan Asia Tenggara 2019 dalam acara kegamarannya itu akan dipertaruhkan dalam empat acara.

Kekecewaan terlepas podium Sukan SEA Hanoi, Mei lalu, membuatkan Haritz Iklil lebih gigih menjalani latihan.