37 hari menjelang Sukan SEA Vietnam bulan depan, sidang media hari pertama bermula dengan tiga sukan terlebih dahulu iaitu terjun, renang dan badminton.
Bagi jurulatih skuad terjun negara Li Rui, dia kekal dengan pendirian sasar lapan pingat emas iaitu dalam semua acara di temasya dwitahunan tersebut.
Tambahnya, penerjun muda, Ong Ker Ying bakal dipertaruhkan di Vietnam bagi menggantikan Nur Dhabitah Sabri yang akan menggalas tugas baru dalam acara 10 meter papan anjal berirama bersama Datuk Pandelela Rinong.
Di Manila, pasukan Malaysia berjaya membawa pulang empat emas menerusi skuad lelaki, wanita, Ng Yan Yee serta Ooi Tze Liang.
Sementara itu, ketua jurulatih renang negara, Chris Martin, menjelaskan persiapan kem kebangsaan berjalan dengan lancar biarpun tiada sebarang kejohanan antarabangsa disertai.
Ketika ini, Chris hanya mendengar khabar angin tentang persiapan negara lain menjelang Sukan SEA Vietnam namun, tidak mengetahui sejauh mana keupayaan sebenar pihak lawan.
Bagaimanapun, Chris menyasarkan keputusan lebih baik berbanding edisi lalu di Vietnam dengan dua pingat emas selain menjangkakan bahawa tuan rumah, Vietnam dan Singapura menjadi saingan sengit.
Sementara itu, sasaran skuad badminton negara di temasya dwitahunan kali ke-31 itu berbeza dari edisi lalu di Filipina. Malaysia berjaya membawa pulang tiga pingat emas pada ketika itu.
Ini selepas Pengarah Pembangunan Remaja Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Misbun Sidek, hanya menyasarkan satu pingat emas daripada kem lelaki.
Keputusan itu dibuat selepas kem badminton akan dihiasi dengan barisan pemain muda di Vietnam nanti.
Ammar Hakim
Tue Apr 05 2022


Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.