Menjelang temasya Sukan SEA tahun depan, skuad berbasikal lebuhraya negara mula merencana persiapan sebelum ke Vietnam dan bakal mengumumkan barisan taruhan terbaik negara dalam masa terdekat.

Tiga acara dipertandingkan -- ujian masa individu, kriterium dan lebuhraya -- dan skuad negara belum mengumumkan sasaran rasmi namun sudah pasti harapan diletakkan kepada Mohamed Harrif Saleh dalam acara kriterium.