Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffri Ngadirin menafikan persatuan sukan sekadar janji bulan dan bintang dalam memenuhi sasaran emas sebelum ke Sukan SEA Kemboja.

Ia berikutan perancangan yang berlangsung sejak tahun lalu berdasarkan kepada prestasi semasa atlet.

Jeffri tidak bersetuju andai ada pihak melabelkan sasaran di Sukan SEA ea kali ini sekadar hentam keromo.

"Proses membuat sasaran bukanlah dilakukan tempoh yang singkat. Kami telah berbincang dengan ramai pihak yang terlibat sejak tahun lalu lagi,"

"Kami meletakkan sasaran berdasarkan prestasi semasa mereka. Kita tidak boleh meletakkan kesalahan kepada atlet dan jurulatih kerana mereka telah memberikan yang terbaik.

"Kami akan berusaha untuk memperbaiki persembahan dan melakukan yang terbaik pada edisi 2025." katanya.

Walaupun gagal menghampiri sasaran 40 emas, kontingen negara masih membawa berita gembira.

Contohnya kemampuan atlet muda yang membuat penampilan kali pertama cemerlang menghadirkan pingat buat negara malah melakar kejutan menerusi catatan baru rekod kebangsaan, seperti yang dilakukan atlet 400meter negara, Umar Osman.