Majlis Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia, yang 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.
Pengarah Bahagian Atlet MSN, Jefri Ngadirin, berkata 12 emas berkenaan membabitkan sukan akuatik-renang, badminton, berbasikal bukit, hoki dalam dewan, kriket, judo, jujitsu, kun khmer dan sepak takraw.
"Renang kita letak sasaran tiga emas tetapi hanya meraih satu disebabkan kita terlampau bergantung kepada atlet senior yang sudah beraksi tiga hingga empat edisi Sukan SEA.
"Jadi, kita harus mendedahkan ramai atlet baharu. Kebergantungan kepada sesetengah atlet untuk menyertai banyak disiplin juga membuatkan mereka keletihan," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Jalil semalam.
Jefri berkata pihaknya turut menyedari mengenai jurang besar antara barisan pemain muda negara dengan Indonesia dalam sukan badminton.
"Kami cuba buktikan bakat baru yang diketengahkan mampu bersaing dan bagi acara individu, ada pemain kita yang dapat mengejutkan pemain Indonesia," tambahnyanya.
Jefri menambah pingat emas hoki dalam dewan lelaki, yang sepatutnya mampu diraih, terlepas ke tangan Indonesia - berpunca akibat kelemahan taktikal permainan.
"Bagi kriket dan judo, kita sedia maklum bahawa atlet kita berada pada tahap terbaik namun pasukan tuan rumah menggunakan atlet naturalisasi.
"Kriket misalnya, kita ranking pertama dan hanya perlu berwaspada dengan Thailand, namun kita tidak mendapat maklumat bahawa tuan rumah menggunakan atlet naturalisasi.
"Ia menjejaskan peluang kita, sedangkan tuan rumah menggunakan pemain yang bagus (berkualiti) dari Pakistan dan India. Ia bukan daripada kesilapan pasukan kita sendiri," ujarnya lagi.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 20 2023


MSN bagi jaminan kualiti LTdL
Majlis Sukan Negara (MSN) memberi jaminan perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, akan tetap berlangsung mengikut jadual asal dari 23 hingga 30 September depan.

Sukan SEA Kemboja: MSN kenal pasti punca hilang 12 emas
Majlis Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia, yang 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Sukma: Pemilihan sukan dibuat secara terbuka -- MSN
Majlis Sukan Negara (MSN) menjelaskan pemilihan jenis sukan bagi Sukan Malaysia (Sukma) dibuat secara terbuka menerusi penglibatan semua pemegang taruh di peringkat pusat dan negeri tanpa sebarang prejudis kepada sukan-sukan lain.

Gold Paris 2024: MSN sahkan atlet badminton profesional akan terima bantuan
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, mengesahkan bahawa pemain badminton profesional negara, yang tersenarai dalam Program Gold Paris 2024, akan turut menerima bantuan daripada badan berkenaan.

Program Podium: MSN akan bantu atlet bina badan negara
Majlis Sukan Negara (MSN) akan memulakan pelbagai bantuan buat atlet bina badan kebangsaan di bawah Program Podium.

Isu doping Sukma: PABM hargai sokongan MOM
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat, menghargai sokongan daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) susulan keputusan penarikan diri persatuan itu daripada penganjuran dalam Sukan Malaysia (Sukma) Majlis Sukan Negara (MSN) baru-baru ini.

Khairul Anuar digugurkan daripada Program Podium
Atlet memanah recurve dan Olimpian negara, Khairul Anuar Mohamad, digugurkan daripada Program Podium.

Sukma: MSN akui ambil alih sepenuhnya saingan angkat berat
Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Suhardi Alias, mengakui badan berkenaan mengambil alih sepenuhnya tugas penganjuran saingan angkat berat dalam Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di ibu negara demi kelangsungan sukan itu.

Sukma MSN: Skuad muda ragbi wanita Selangor buru emas
Ketua pasukan ragbi wanita 7's Selangor, Nur Izzah Azizan, memaklumkan dia dan rakan sepasukan kini dalam persediaan terbaik untuk menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2022.

Sukma MSN: Kecederaan tidak halang Ilham Suhaimi sasar pertahan emas
Atlet olahraga Selangor, Muhammad Ilham Suhaimi, sedang 'berlumba' dengan waktu untuk pulih daripada kecederaan lutut dan tumit menjelang Sukan Malaysia (Sukma) Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil yang bermula 16 September ini.

Selangor mengganas di Perak
Kemenangan besar yang dicipta Selangor ke atas Perak dalam perlawanan ke-11 Liga Super telah mengukuhkan lagi kedudukan Red Giants di tempat kedua liga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sukan SEA Kemboja: MSN kenal pasti punca hilang 12 emas
Majlis Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia, yang 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Sukan SEA Kemboja: Setiap persatuan perlu pikul bersama tanggungjawab gagal lepasi sasaran -- KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru setiap persatuan sukan kebangsaan untuk bersama memikul tanggungjawab atas kegagalan kontinjen negara melepasi sasaran pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Hamidin akui kecewa prestasi hambar skuad B22 di Kemboja
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa dengan prestasi yang dipamerkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) di Sukan SEA Kemboja yang berakhir pada Rabu.

Selamat Tinggal Kemboja, Bangkok 2025 tunggu kami datang!
Temasya Sukan SEA ke-32 secara rasminya melabuhkan tirai sebaik obor dipadamkan dalam upacara penutup yang berlangsung cukup meriah dengan dihadiri puluhan ribu penonton di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Sasaran pingat emas bukan perancangan jangka masa singkat -- Jefri
Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffri Ngadirin menafikan persatuan sukan sekadar janji bulan dan bintang dalam memenuhi sasaran emas sebelum ke Sukan SEA Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: BAM cari faktor kegagalan skuad badminton capai sasaran
Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu pingat emas apabila wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin tewas di pentas final.

Sukan SEA Kemboja: Persatuan sukan harus tampil beri jawapan -- Nasir Ali
'Persatuan kena tampil jawab', itu perkongsian Chef De Mission (CDM) Sukan SEA Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali, selepas kontinjen negara menamatkan saingan di tangga ketujuh Sukan SEA edisi ke-32.

Malaysia Masters: Kemboja pentas pemanas badan terbaik Jun Hao
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, menyifatkan Sukan SEA Kemboja 2023 pentas pemanas badan terbaik menjelang kejohanan Malaysia Masters 23 Mei ini.

Sukan SEA Kemboja: Iman Hakim gembira butir pingat emas
‘Saya tidak boleh kalah kepada adik saya’, semangat itulah yang membawa kepada perjuangan hidup mati Ahmad Nor Iman Kakim, anak legenda muay thai negara, Rakib Ahmad.

Sukan SEA Kemboja: Faris Harizan dedikasi pingat emas buat keluarga
'Keluarga, pasukan dan diri sendiri' itu merupakan perkataan yang terpapar di pergelangan kiri dan kanan tangan Faris Harizan cukup untuk menceritakan segalanya selepas membantu skuad hoki negara meraih pingat emas Sukan SEA Kemboja hari ini.

Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan: Azizulhasni kembali temui rentak kemenangan
Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, tiada masalah menewaskan Shah Firdaus Sahrom untuk meraih pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional Nilai dalam acara pecut lelaki elit hari ini.

Sukan SEA Kemboja: Jason Loo pingat emas kejayaan luar jangkaan
Pemenang pingat emas taekwondo dalam acara poomsae, Jason Loo tidak menjangkakan kejayaannya selepas acaranya tidak dipertandingkan dalam edisi lalu namun persediaan tetap berjalan sehingga hari terakhir sebelum bertolak ke Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: Skuad hoki negara tepati ramalan peroleh pingat emas
Skuad hoki lelaki negara meneruskan dominasi di pentas Asia Tenggaara apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam aksi final, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Lego Sam pertahan pingat emas
Kontinjen Malaysia menambah bilangan pingat emas dalam saingan Sukan SEA Kemboja susulan kejayaan terindah atlet negara dalam acara final 'breakdance' yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.