Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu pingat emas apabila wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin tewas di pentas final.

Pengurus pasukan skuad negara, Mohd Taufik Hussain, mengakui mereka gagal mencapai sasaran tersebut namun tetap bangga dengan prestasi yang dipamerkan pemain negara.

Selain itu, difahamkan post-mortem akan dilakukan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi mencari faktor kegagalan mencapai sasaran satu pingat emas serta kekalahan skuad wanita kepada Filipina dalam acara berpasukan.

"Secara keseluruhannya kami membawa pasukan ini dan setiap atlet telah memberikan yang terbaik. Kami gagal mencapai sasaran namun persembahan beregu campuran bagi saingan kali ini cukup baik," kata Taufik.

"Ia turut ditampilkan dengan kualiti ditampilkan barisan pemain lelaki negara yang turut menghadirkan permainan yang cukup berkualiti."