Atlet menembak negara, Jonathan Wong, enggan meletakkan dirinya dalam tekanan apabila menegaskan penampilan kali keenam di Sukan SEA bukan jaminan untuk mengharungi cabaran mudah di bumi Hanoi.

Sebaliknya, Jonathan yang akan beraksi dalam empat acara di temasya itu menganggap persiapan dirinya adalah lebih penting berbanding hanya bersandarkan pengalaman lalu.

Dibarisi seramai 22 atlet, kem menembak negara meletak sasaran satu emas dan empat gangsa setelah sekadar meraih dua perak dan empat gangsa pada edisi Filipina 2019.

Sementara itu, skuad mendayung negara sekadar meletak sasaran gangsa tanpa mengira jumlah pingat pada temasya kali ini atas faktor kekurangan persiapan.

Ia menyaksikan atlet mendayung negara baru sahaja menjalani latihan penuh di Kelab Tasik Putrajaya Mac lalu setelah persiapan mereka terbantut gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.