Atlet menembak kebangsaan, Johnathan Wong, mengakui berdepan cabaran mempersiapkan diri ke Sukan SEA Vietnam.

Ini kerana kekurangan beraksi di kejohanan kompetitif susulan pandemik COVID-19.

Atlet kelahiran Melaka itu menepati ramalan apabila meraih pingat emas bagi acara 50 meter pistol individu lelaki di Kejohanan Menembak Selangor 2022, mengetepikan Megat Muhammad Alif serta Hazeeq Hakeem yang melengkapkan podium.

Sementara itu, seorang lagi penembak negara, Muhammad Ezuan Nasir Khan, mengakui dia perlu lebih bersedia terutamanya daripada segi mental sebelum berlepas ke Vietnam.

Dengan tempoh hampir sebulan lebih sahaja lagi sebelum temasya dwitahunan itu membuka tirai, Ezuan yakin mampu memberikan sesuatu buat kontinjen Malaysia di sana nanti.