Dua atlet wushu negara, Tan Zhi Yan dan Clement Ting, tidak sangka dapat menyumbangkan pingat emas menerusi penampilan pertama mereka dalam Sukan SEA Hanoi hari ini.
Zhi Yan menewaskan peserta lain dengan mencatat 9.71 mata bagi acara Taijiquan manakala Clement pula cemerlang dalam acara Changquan selepas mengumpulkan 9.70 mata.
Sebelum ke Vietnam, skuad wusyu tidak meletakkan harapan tinggi biarpun sentiasa menjadi lubuk pingat dalam lapan edisi Sukan SEA lalu apabila hanya menyasarkan dua kilauan pingat.
Bagaimanapun, mereka mengekalkan reputasi baik dengan kilauan dua emas berkenaan selain satu pingat perak daripada seorang lagi muka baru, Calvin Lee, dalam acara Nandao.
Zhi Yan, dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, berkata: "Saya amat teruja kerana dapat meraih pingat emas. Saya juga mahu berterima kasih kepada persatuan, MSN (Majlis Sukan Negara), ISN (Institut Sukan Negara), semua jurulatih saya dan juga buat semua penyokong saya.
"Sebelum ini, jurulatih saya mendapatkan pingat emas dalam edisi lalu tetapi saya pada awalnya tidak pasti sama ada akan dapat pingat emas ini atau tidak.
"Saya hanya melakukan yang terbaik dengan rutin yang saya lakukan," katanya.
Clement dalam pada itu berkata: "Saya amat gembira dan terkejut kerana saya tidak meletakkan sasaran pingat buat acara Changquan ini.
"Saya amat teruja ketika melakukan persembahan dan hanya melakukan rutin normal seperti waktu latihan," katanya.
Muzaffar Musa
Fri May 13 2022


Sukan SEA Hanoi: Zhi Yan, Clement tidak sangka butir emas dalam penampilan pertama
Dua atlet wushu negara, Tan Zhi Yan dan Clement Ting, tidak sangka dapat menyumbangkan pingat emas menerusi penampilan pertama mereka dalam Sukan SEA Hanoi hari ini.

ASN: Tan Cheong Min terkejut dinobat Olahragawati Kebangsaan
Atlet wushu negara, Tan Cheong Min, terkejut apabila dipilih sebagai Olahragawati Kebangsaan dalam Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2019-20 di ibu negara malam tadi.

Wen Son jadikan emas agenda utama
Juara wushu dunia, Wong Wen Son, tidak menganggap pencapaian individu menjadi keutamaan, sebaliknya kutipan pingat emas dalam disiplin changquan adalah tanggungjawabnya serta rakan senegara, Yeap Wai Kin, di Sukan Jakarta/Palembang, Ogos depan.

Kejohanan Dunia: Skuad wushu negara dijangka tidak banyak raih emas
Tiada tekanan buat skuad wushu negara dalam Kejohanan Dunia di Kazan, Russia selepas mempamerkan persembahan cemerlang dalam Sukan SEA 2017.

Dua emas Sukan SEA 2017 jadi pemangkin Jack Chang
Dua pingat emas yang diraih pada dlam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 memberikan keyakinan buat atlet wushu negara, Loh Jack Chang, untuk mempamerkan persembahan yang lebih baik apabila beraksi dalam Kejohanan Dunia di Kazan, Russia hujung bulan ini.

Wushu: Wai Kin akur kehebatan lawan
Hasrat Yeap Wai Kin yang sebelum ini mencuri tumpuan meraih pingat emas dalam acara jianshu dan qiangshu untuk menambah koleksi pingat ketiganya tidak kesampaian apabila sekadar mencatat 9.65 dalam acara changquan untuk berada di tempat keempat keseluruhan.

Wushu: Mun Hua tidak pernah jemu
Atlet wushu lelaki negara, Ho Mun Hua, menyifatkan cintanya terhadap wushu membuatkan dia tidak pernah jemu untuk mencuba selama sepuluh tahun sehingga berjaya merangkul emas pertamanya di pentas Sukan SEA.

Wushu: Kecederaan bahu tidak gugat kecemerlangan Wai Kin
Di sebalik kejayaan yang dilakar Yeap Wai Kin dalam acara qiangshu, ramai tidak mengetahui kecederaan lama di bahu kanannya kembali berulang selepas menyumbang emas dalam acara Jianshu pada hari sebelumnya.

Wushu: Mun Hua, Jack Chang gondol emas
Atlet wushu lelaki negara, Ho Mun Hua, berjaya mengutip pingat emas pertamanya dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menduduki tangga teratas acara nanquan lelaki di Dewan 5 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi.

Wushu: Usaha keras bantu Audrey
Atlit wushu wanita negara, Audrey Chan Yee Jo, menyifatkan latihan lebih lima jam sehari yang diterapkan oleh jurulatihnya, Lim Yew Fai, berbaloi meskipun meraih gangsa dalam acara taijijian Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang dipertandingkan di Dewan 5 Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.