Malaysia mengekalkan reputasi sebagai jaguh pencak silat, ganda seni putra rantau ini yang menyaksikan Taqiyuddin Hamid-Sazzlan Yuga mengulangi pencapaian edisi 2019 di Pusat Sukan Bac Tu Leim, sebentar tadi.

Taqiyuddin-Sazzlan mengutip 9.950 mata untuk mengatasi pencabar dari Singapura, Hazim Zaque-Haziq Zaque, dengan jurang 0.045 mata sekali gus menyumbang pingat emas ketujuh buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Hanoi 2022.

Ia juga merupakan hatrik emas buat Taqiyuddin yang turut mengungguli acara serupa ketika bergandingan dengan Rosli Sharif dalam edisi 2017.