Skuad terjun negara semakin menghampiri misi menyapu bersih pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 dengan yang terbaru menerusi Muhammad Syafiq Puteh, yang mendominasi acara 3 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik My Dinh sebentar tadi.
Atlet berusia 27 tahun itu membutirkan pingat emas ketujuh sukan itu selepas mengumpulkan 381.35 mata keseluruhan, di mana terjunan pertamanya menjadi penyumbang terbesar dengan 70.50 mata sambil terjunan keempat memberikan mata terendah sebanyak 52.50 mata.
Seorang lagi penerjun negara, Gabriel Gilbert Daim, turut menyumbangkan pingat perak selepas menjadi penerjun kedua terbaik dalam acara itu dengan 357.30 mata keseluruhan.
Penerjun Thailand, Chananwat Juntaphadawan, memenangi pingat gangsa selaku pemenang tempat ketiga dengan himpunan 340.35 mata.
Sebagai rekod, Malaysia menyasarkan untuk menyapu bersih lapan pingat emas yang dipertandingkan dalam acara terjun di Hanoi, Vietnam.
Muzaffar Musa
Wed May 11 2022


Terjun Kejohanan Dunia: Pandelela raih gangsa
Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong, sekali lagi tidak mengecewakan apabila meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia dalam acara 10 meter platform individu di Budapest, Hungary.

Sukan SEA Hanoi: Pandelela-Nur Dhabitah pastikan Malaysia sapu bersih emas terjun
Skuad terjun negara mengotakan janji untuk menyapu bersih seluruh pingat emas yang dipertandingkan sukan itu dalam Sukan SEA Hanoi 2021.

Sukan SEA Hanoi: Syafiq Puteh hadirkan emas ketujuh skuad terjun
Skuad terjun negara semakin menghampiri misi menyapu bersih pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 dengan yang terbaru menerusi Muhammad Syafiq Puteh, yang mendominasi acara 3 meter papan anjal individu lelaki di Pusat Akuatik My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Tze Liang, Yiwei tepati ramalan pertahan emas
Skuad terjun negara membolot dua pingat emas yang dipertandingkan di Pusat Akuatik My Dinh hari ini apabila Ooi Tze Liang dan Chew Yiwei menepati ramalan mengungguli acara 3 meter papan anjal seirama lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Nur Dhabitah butir emas pertama negara
Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, muncul penyumbang pingat emas pertama kontinjen negara dalam Sukan SEA Hanoi 2021 apabila mengungguli acara 1 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Tze Liang yakin pertahan pingat emas bersama Yiwei
Penerjun negara, Ooi Tze Liang, bersedia untuk mempertahankan pingat emas acara 3 meter papan anjal seirama yang dimenanginya bersama Chew Yiwei menjelang saingan terjun Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Akuatik My Dinh bermula esok.

Sukan SEA Hanoi: Kontinjen negara letak sasaran 36 pingat emas
Kontinjen negara akan membawa sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dalam Sukan SEA Hanoi bermula 12 Mei ini.

Datuk Mun Yee mahu terus beri sumbangan buat negara
Hari ini menjadi hari penuh gemilang buat arena sukan negara apabila dua ikon, Leong Mun Yee (terjun) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh para) dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, Panglima Mahkota Wilayah, yang membawa gelaran Datuk.

Yang Zhuliang suara kebimbangan masa depan terjun negara
Bekas jurulatih terjun negara, Yang Zhuliang, bimbang mengenai peluang Malaysia untuk meraih pingat dalam Kejohanan Dunia tahun depan selepas barisan pengendali kebangsaan dirombak.

Terjun: Khidmat Brooker, Zhuliang tidak disambung
Jurulatih skuad terjun negara, Christian Brooker dan Yang Zhuliang, perlu mengucapkan selamat tinggal kepada anak buah mereka selepas kontrak kedua-dua jurulatih itu tidak disambung.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.