Skuad memanah compound berpasukan negara yang merupakan penyandang juara terpaksa menelan keperitan apabila tumpas kepada Indonesia dengan keputusan tipis dalam Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Trio lelaki Malaysia yang diwakili Juwaidi Mazuki, Wong Co Wan serta Alang Ariff Aqil Muhammad Ghazalli itu mempamerkan saingan sengit dalam penentuan emas tersebut tetapi Indonesia lebih unggul dengan catatan 230-229 mata.

Kem memanah compound Malaysia masih berpeluang menebus kehampaan mereka di Pusat Latihan Sukan Nasional, Vietnam, hari ini apabila mempunyai dua wakil dalam kategori individu lelaki selain berpasukan campuran.