Gimnas negara, Rachel Yeoh, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas acara gimnastik artitstik kategori palang tidak sejajar dalam aksi final di Quan Ngura Sports Palace sebentar tadi.
Atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 23 tahun itu mempamerkan rutin kemas yang mencuri perhatian juri dan penonton tuan rumah untuk mengumpulkan 13.000 mata keseluruhan.
Ia menyaksikan dia mengetepikan saingan atlet tuan rumah, Pham Nhu Phuong, yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak manakala gimnas Singapura, Nadine Joy Nathan, memenangi gangsa.
Sebagai rekod, Rachel memenangi pingat gangsa acara sama dalam edisi di Filipina pada 2019, di mana bekas ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, memenangi emas dalam edisi berkenaan.
Ia juga merupakan pingat emas kedua Rachel dalam edisi kali ini selepas turut memenangi pingat gangsa dalam acara 'all-around' individu.
Muzaffar Musa
Sun May 15 2022


Sukan Komanwel Birmingham: Sasaran emas beregu skuasy wanita relevan
Sasaran pingat emas Sukan Komanwel Birmingham ke atas gandingan S Sivasanggari dan Rachel Arnold adalah relevan berdasarkan kepada prestasi semasa mereka ketika ini.

Sukan SEA Hanoi: Malaysia pertahan emas gimrama all-around berkumpulan
Skuad gimrama negara mempertahankan pingat emas yang dimenangi sejak edisi di Kuala Lumpur pada 2017 apabila mengungguli acara all-around berkumpulan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Sukan Quan Ngua sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Rachel Yeoh raih emas keduanya
Rachel Yeoh menggegar Pusat Sukan Quan Ngua buat hari kedua berturut-turut apabila mengungguli acara batang titian, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Rachel Yeoh ungguli emas acara palang tidak sejajar
Gimnas negara, Rachel Yeoh, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas acara gimnastik kategori palang tidak sejajar dalam aksi final di Quan Ngura Sports Palace sebentar tadi.

Farah Ann umum bersara daripada sukan gimnastik
Ratu gimastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, mengumumkan persaraannya dalam satu kiriman Instagram hari ini.

Sukan SEA: Farah Ann masih tersenarai ke Vietnam
Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung status ratu gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi, yang dilaporkan telah meninggalkan skuad kebangsaan.

Farah Ann sudah bersara daripada sukan gimnastik?
Timbul persoalan mengenai sama ada Farah Ann Abdul Hadi telah bersara daripada sukan gimnastik atau tidak selepas Olimpian negara itu dilaporkan tidak lagi menjalani latihan di Bukit Jalil.

Gimnastik negara terap rutin baru
Kem gimnastik negara kini menumpukan perhatian terhadap latihan menyesuaikan diri dengan peraturan baru yang bakal diterapkan tahun depan.

Tokyo 2020: Simone Biles akan kembali beraksi dalam final batang titian
Bintang gimnastik Amerika Syarikat (AS), Simone Biles, akan kembali beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo apabila disenaraikan dalam barisan peserta acara final batang titian esok.

Tokyo 2020: Simone Biles tarik diri daripada final melombol, palang tidak sejajar
Simone Biles menarik diri daripada dua lagi acara final dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020, demikian disahkan USA Gymnastics hari ini.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.