Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, muncul penyumbang pingat emas pertama kontinjen negara dalam Sukan SEA Hanoi 2021 apabila mengungguli acara 1 meter papan anjal individu wanita di Pusat Akuatik My Dinh, Hanoi sebentar tadi.

Lebih manis, seorang lagi penerjun negara, Kimberly Bong, turut membutirkan pingat perak selaku penerjun kedua terbaik dalam acara itu.

Nur Dhabitah mengumpulkan keseluruhan 290.45 mata, di mana terjunan keduanya muncul penyumbang terbesar dengan 63.70 mata.

Kimberly pula menghimpunkan 230 mata keseluruhan yang dibantu 52.80 mata daripada terjunan pertamanya untuk meraih perak.

Pingat gangsa menjadi milik peserta tuan rumah, Ngo Phuong, dengan himpunan 224 mata.