Kuartet 4x100 meter negara mempertahankan pingat perak dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Stadium My Dinh sebentar tadi.

Malaysia sebelum ini memenangi pingat sama acara berkenaan dalam edisi di Manila tiga tahun lalu dan mengekalkan prestasi sama di Hanoi kali ini.

Beraksi di lorong yang ketiga, kuartet Malaysia, yang dibarisi Haiqal Hanafi, Azeem Fahmi, Zulfiqar Ismail dan Arsyad Md Saat, melakukan catatan masa 39.09 saat, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan 39.27s yang dilakukan dalam edisi di Kuala Lumpur pada 2017.

Thailand muncul pemenang pingat emas dengan memecahkan rekod temasya menerusi catatan masa 38.58s.

Pingat gangsa pula menjadi milik Singapura dengan 39.44s.

‚Äč