Tidak dinafikan semangat skuad lawan pedang negara untuk mara ke final acara epee berpasukan lelaki berkobar-kobar selepas gagal menaiki podium pada tiga tahun lalu di Filipina.

Joshua Koh yang kempunan pingat emas Sukan SEA Hanoi dalam acara individu sebelum ini turut mahu menjadikan acara berpasukan bagi menebus kecewaannya.

Tetapi beberapa kesilapannya dalam separuh akhir ketika menentang Singapura hari ini menyaksikan Malaysia tewas dengan perbezaan 10 mata.

"|Boleh sangat menang tadi tapi dalam pertengahan pertarungan, kami kurang (bagus).

"Kami terlalu terburu-buru, kami ambil kesempatan.

"Saya beraksi dalam giliran kelima dan akibat terlampau ingin menjarakkan mata bagi membantu pasukan, maka terjadilah banyak kesilapan.

"Untuk menebus semula mata itu sudah tidak dapat," katanya.