Atlet menembak, Johnathan Wong, mengotakan janjinya untuk menyumbangkan pingat emas ke-28 buat kontinjen negara dalam Sukan SEA Hanoi selepas mengungguli acara kegemarannya, 10m Air Pistol, sebentar tadi.

Dalam penampilan sukan dwitahunan itu, olimpian berusia 29 tahun tersebut mencatat 238.6 mata untuk mengatasi wakil tuan rumah yang sebelum ini menjuarai kategori 50m pistol, Tran Quoc Cuong, yang mencatat 236.6 mata di Pusat Sukan Nasional, Vietnam.





Gangsa pula milik M Prabowo dari Indonesia.

Ia mengulangi pencapaiannya dalam temasya Kuala Lumpur 2017 sekali gus mengubati luka edisi di Manila tiga lalu yang menyaksikan kem menembak berputih mata tanpa sebarang kilauan emas.

Dalam acara berbasikal pula, Nur Aisyah Mohamad Zubir memastikan gangsa menerusi kriterium.