Penembak tuan rumah, Ha Minh Thanh, mengetepikan Hafiz Adzha untuk memenangi pingat emas Sukan SEA Hanoi, sebentar tadi.

Dalam pusingan akhir 25m senapang rapid pistol lelaki yang merangkumi enam pencabar itu, masalah teknikal di Pusat Latihan Sukan Nasional menyaksikan pertandingan itu tergendala lebih sejam.

Sebaik bersambung, anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu memanfaatkan dua bidikan awal kurang baik lawannya untuk dijurangkan satu mata ketika di kedudukan 23-24 mata.

Begitupun, Minh Thanh meneruskan momentumnya untuk memastikan tiga mata dalam tembakan terakhirnya sementara dua mata daripada Hafiz.

Gangsa pula menjadi milik Thailand.