Muzaffar Musa
Mon May 16 2022

MALAYSIA 2 KEMBOJA 2
Skuad B-23 negara berisiko kehilangan status juara Kumpulan B acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas terikat 2-2 dengan Kemboja di Stadium Thien Truong, Nam Dinh sebentar tadi.
Pasukan bimbingan Brad Maloney itu terpaksa bangkit sebanyak dua kali untuk mengikat kedudukan tetapi gol kemenangan yang dicari-cari masih tidak kunjung tiba sehingga wisel penamat.
Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul penjaring kedua-dua gol Malaysia selepas ketumpulan penyudah menyaksikan Malaysia ketinggalan pada penghujung babak pertama.
Maloney merombak hampir keseluruhan kesebelasan utamanya dengan Hadi Fayyadh bertindak sebagai penyerang utama sambil Ahmad Zikri Khalili dipilih sebagai ketua pasukan bagi menggantikan Mukhairi Ajmal Mahadi.
Malaysia menguasai hampir keseluruhan babak pertama tetapi gagal menembusi gawang lawan biarpun diberikan rangkaian peluang terhidang, khususnya menerusi tandukan Hadi Fayyadh.
Dan ketumpulan itu mengundang padah pada penghujung separuh masa berkenaan apabila Kemboja diberikan sepakan penalti susulan insiden bola terkena tangan Quentin Cheng dan Choun Chanchav tidak mensia-siakan peluang itu untuk meletakkan Kemboja di depan.
Malaysia turut memperoleh sepakan penalti pada awal babak kedua selepas Syafik Ismail dijatuhkan pertahanan lawan dan Hadi Fayyadh memanfaatkan peluang itu untuk mencatatkan namanya selaku penjaring buat kali pertama dalam edisi kali ini pada minit ke-51.
Ketika skuad negara sedang galak memnburu gol kemenangan, mereka dikejutkan dengan serangan pantas Kemboja dan penjaga gol, Azri Abdul Ghani, sekali lagi dibolosi pada minit ke-61 gara-gara penyudah Sa Ty.
Penyerang Azul Claro Numazu, Hadi Fayyadh, sekali lagi menyamakan kedudukan pada minit ke-68 selepas menerima hantaran pendek penyerang KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin.
Barisan muda negara berusaha sehabisnya untuk mendapatkan gol kemenangan sehingga ke penghujung permainan dan percubaan Nik Akif Syahiran Nik Mat sedikit melepasi palang gol untuk keputusan berakhir 2-2.
Dengan keputusan itu, Malaysia, yang sedang mendahului Kumpulan B dengan lapan mata, akan dipintas Thailand (kini enam mata) sekiranya pasukan Gajah Perang itu menewaskan Laos dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan malam ini.
Seandainya kekal sebagai juara Kumpulan B, skuad negara akan berdepan Indonesia dalam separuh akhir dan sekiranya perkara sebaliknya berlaku, Harimau Malaya perlu menumbangkan pasukan tuan rumah, Vietnam, untuk ke final.

Nottingham Forest tandatangani Awoniyi dengan rekod termahal
Pasukan yang baru dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris (EPL), Nottingham Forest, memecahkan rekod pembelian termahal kelab itu untuk menandatangani penyerang, Taiwo Awoniyi.

Piala Dunia: Hanya tempat Messi terjamin dalam skuad Argentina, kata Di Maria
Angel Di Maria gusar seandainya dia masih belum melakukan yang terbaik untuk menjamin tempatnya dalam skuad Argentina menjelang Piala Dunia Qatar pada November depan berikutan ketidaktentuan masa depannya di peringkat kelab.

Bellingham boleh jadi pembelian terbaik buat Liverpool, kata Barnes
Pemain tengah Borussia Dortmund, Jude Bellingham, merupakan pemain yang sepatutnya disasarkan oleh Liverpool dan boleh menjadi pembelian terbaik buat kelab berkenaan.

Bale sah sertai Los Angeles daripada Real Madrid
Gareth Bale sah menandatangani kontrak dengan Los Angeles FC, sekali gus menjadi penanda aras baru dalam Liga Utama Amerika Syarikat (MLS).

Valverde dijangka kembali kemudi Athletic Bilbao selepas Uriarte menang pemilihan presiden
Ernesto Valverde, dijangka akan kembali menjadi ketua jurulatih Athletic Bilbao selepas Jon Uriarte memenangi pemilihan presiden kelab itu awal pagi tadi.

Mbappe sasar menang UCL bersama PSG
Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe, sedang merangka perancangan untuk memenangi gelaran pertama Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas memilih untuk kekal bersama kelab itu.

Cannavaro saran Napoli beli Dybala, kekalkan Koulibaly
Legenda Itali, Fabio Cannavaro, menyarankan agar bekas kelabnya, Napoli, mencuba untuk mendapatkan Paulo Dybala sambil mereka juga perlu berkorban untuk memperbaharui kontrak Kalidou Koulibaly.

Moura penting buat perancangan Tottenham musim depan, kata ejen
Lucas Moura kekal sebahagian yang penting dalam perancangan Tottenham musim depan walaupun terdapat desas-desus pemain kebangsaan Brazil itu akan ke Everton sebagai syarat pertukaran untuk mendapatkan Richarlison.

Kepa akan bincang masa depan di Chelsea, mahu beraksi lebih banyak
Kepa Arrizabalaga berkata dia akan berbincang dengan Thomas Tuchel tentang masa depannya di Chelsea sambil memberikan mesej yang jelas bahawa dia mahu beraksi dalam lebih banyak perlawanan.

Wayne Rooney tinggalkan Derby County
Wayne Rooney meletakkan jawatan selaku pengurus Derby County, demikian disahkan bekas bintang Manchester United dan England itu malam tadi.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.