13 hari sebelum Sukan SEA membuka tirai, Lim Chong King yang menggalas cabaran selaku pemain perseorangan lelaki utama dalam acara badminton bagi saingan Sukan SEA Vietnam enggan memberi tekanan pada dirinya.

Ini kerana, pemain yang menghuni ranking ke-147 dunia itu akan mengambil alih tanggungjawab mempertahankan pingat emas yang dimenangi Lee Zii Jia di edisi terdahulu.

Badminton disandarkan sasaran satu pingat emas menerusi kem lelaki, tidak kira daripada acara perseorangan mahupun beregu.

Pada edisi ke-31, Malaysia akan diwakili barisan pemain muda seperti Chong King, Lee Shun Yang, Jacky Kok dan Justin Hoh.