Pilihan utama, Ronnie O'Sullivan, tersungkur seawal pusingan pertama kejohanan Snuker Terbuka British di Milton Keynes, awal pagi tadi.

Kejohanan pertama selepas sebulan berehat menyaksikan juara dunia tujuh kali dari United Kingdom (UK) itu mempamerkan aksi agak berkarat di sebalik berkesempatan menyertai Beregu Campuran Dunia hujung minggu lalu.




Peluang itu lantas dimanfaatkan pemain 'underdog' kelahiran Switzerland, Alexander Ursenbacher, untuk mengesahkan kejayaan ketiganya ke atas O'Sullivan dengan keputusan 4-1 di Marshall Arena.

Malah, bekas seterunya, Stephen Hendry, menyifatkan kekalahan itu di ITV sebagai persembahan terburuk pemain nombor satu itu dalam beberapa tahun terakhir.

Dalam masa sama, juara bertahan, Mark Williams, mudah mengetepikan Andres Petrov 4-1.