Juara bertahan, Aifa Azman, tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia selepas menewaskan rakan senegara, Ainaa Amani Ampandi, 3-0 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.
Selaku pemain berpengalaman, Aifa mengawal rentak permainannya untuk mengesahkan kemaraan dengan kemenangan 11-6, 11-4, 11-8.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Muiz Aziz, dia berkata: "Yang pertama, saya mahu mengucapkan tahniah juga buat Ainaa Amani kerana melepasi perlawanan sukarnya dengan kemenangan 3-2 semalam.
"Saya juga amat gembira dapat mencatatkan kemenangan 3-0 hari ini.
"Saya turun ke gelanggang dengan perancangan permainan yang amat baik dan saya mencuba untuk melaksanakannya dengan baik sebelum menang 3-0, jadi saya amat gembira dengan pencapaian saya," katanya.
Turut melangkah ke suku akhir adalah seorang lagi pemain kebangsaan, Rachel Arnold, yang meraih kemenangan 3-1 (10-12, 12-10, 11-7 11-9) ke atas wakil England, Crace Gear.
"Saya fikir saya tidak dapat mengekalkan fokus 100 peratus sepanjang perlawanan kerana ia banyak turun dan naiknya hari ini.
"Jadi, untuk perlawanan esok, saya akan mencuba untuk kekal fokus bagi keseluruhan perlawanan.
"Mungkin kerana ini kejohanan di laman sendiri, jadi saya agak gugup pada awal perlawanan. Harap-harap esok saya akan memanaskan badan dan bersedia untuk beraksi," kata Rachel.
Muzaffar Musa
Wed Nov 23 2022


Skuasy Terbuka Malaysia: Addeen Idrakie puas hati walau kandas dalam suku akhir
Pemain skuasy lelaki negara, Addeen Idrakie, mampu tersenyum lebar walaupun terkandas dalam suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil hari ini.

Skuasy Terbuka Malaysia: Rachel lega dapat kekal fokus untuk ke separuh akhir
Pemain skuasy wanita negara, Rachel Arnold, lega apabila dapat mempamerkan kebangkitan untuk menewaskan pemain Mesir, Nadine Shahin, dalam perlawanan suku akhir di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil hari ini.

Skuasy Terbuka Malaysia: Aifa, Rachel tiada masalah ke suku akhir
Juara bertahan, Aifa Azman, tidak berdepan masalah untuk mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia selepas menewaskan rakan senegara, Ainaa Amani Ampandi, 3-0 di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil hari ini.

Skuasy Terbuka Malaysia: Tugas perit Addeen Idrakie berdepan pusingan pertama
Addeen Idrakie Bahtiar enggan mengibarkan bendera putih terlalu awal di sebalik dijadual bertemu dengan bekas pemain nombor tiga, Omar Mosaad, dalamĀ Undian Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia.

Skuasy Terbuka Cleveland: Ng Eain Yow tepati status pilihan utama
Jaguh skuasy lelaki negara, Ng Eain Yow, menepati ramalan selaku pilihan pertama untuk meraih kejuaraan perseorangan lelaki Terbuka Cleveland 2022.

Skuasy Terbuka Cleveland: Eain Yow tepati ramalan ke penentuan juara
Ng Eain Yow mara ke perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Cleveland 2022 apabila menewaskan pemain dari Mexico, Leonel Cardenas, dengan straight set selama 28 minit.

Sukma MSN: Kelantan bawa pulang emas pertama skuasy
Kelantan meraikan pingat emas sulung buat Kelantan dalam skuasy Sukan Malaysia (Sukma) apabila gandingan Muhammad Amir Amirul Azhar-Wee Ming Hock menewaskan Ong Sai Hung-Muhammad Hafiz Zhafri Abdul Harif 2-1 dalam penentuan gelaran beregu lelaki.

Sukma MSN: Kata-kata semangat rakan sepasukan bantu Chan Yi Wen raih emas skuasy
Kata-kata semangat daripada rakan sepasukan menjadi titik kebangkitan buat pemain skuasy Wilayah Persekutuan, Chan Yi Wen, untuk meraih pingat emas acara perseorangan wanita Sukan Malaysia (Sukma) di Majlis Sukan Negara (MSN) hari ini.

Kejohanan Skuasy Remaja Dunia: Malaysia peroleh gangsa
Skuad skuasy lelaki negara meraih pingat gangsa dalam Kejohanan Skuasy Remaja Dunia di Nancy, Perancis.

Sukan Komanwel Birmingham: Rachel-Aifa sumbang gangsa skuasy
Beregu wanita negara, Rachel Arnold dan Aifa Azman, memastikan skuad skuasy negara tidak pulang dengan tangan kosong daripada Sukan Komanwel Birmingham 2022 apabila memenangi pingat gangsa dengan menewaskan rakan senegara, Chan Yiwen-Ainaa Ampandi, di Pusat Hoki dan Skuash Universiti Birmingham sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Sepak Takraw tawar 22 pingat emas
Sebanyak 22 pingat emas akan menjadi rebutan dalam acara sepak takraw dalam Sukan SEA Kemboja 2023 bermula Mei depan.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.