Dua pemain skuasy negara, Rachel Arnold dan S. Sivasangari, terkandas dalam separuh akhir Kejohanan Skuasy Beregu Wanita Dunia di Glasgow, Scotland hari ini.

Gandingan negara itu tewas 9-11, 11-6, 3-11 kepada wakil England, Sarah Jane Perry-Alison Waters dalam penentuan ke final.

Bagaimanapun, mereka mendapat kemenangan percuma dalam perlawanan penentuan tempat ketiga selepas lawan dari New Zealand, Joelle King-Amanda Landers Murphy, terpaksa menarik diri.