Kemelut dua tahun sukan sepak takraw negara kelihatan akan menemui penghujungnya apabila Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) secara rasmi menghantar permohonan untuk kembali bernaung di bawah payung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) hari ini.
Dengan kekuatan sebanyak 19 ahli gabungan yang bernaung di bawah PSM ketika ini, ditambah dengan pengumuman pembubaran Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) semalam, ia mencerahkan harapan PSM untuk kembali ke pangkuan badan induk Asia dan antarabangsa berkenaan.
Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan, dipetik sebagai berkata: "Sejajar dengan hala tuju PSM sebelum ini untuk mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa, (apabila) ada sedikit sinar dan lorong untuk mendapatkan pengiktrafan ini, jadi saya berusaha ke arah itu.
"Saya berharap pihak ASTAF dan ISTAF akan menerima PSM menjadi ahli gabungan mereka tanpa apa-apa syarat agar kita dapat duduk bersama untuk menyelesaikan banyak perkara yang berhubung kait dengan sepak takraw, khususnya di negara ini," katanya.
Muzaffar Musa
Wed Dec 21 2022


Emas Anuar STL: Jurulatih baru ATM Guardians terasa bahang bawa reputasi juara
Muhammad Faizal Zainal Abidin menggalas tanggungjawab berat sebaik sahaja mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih ATM Guardians untuk Kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) musim 2022/2023 yang bakal membuka tirai Jumaat ini.

Sukan SEA Kemboja: Regu sepak takraw Thailand nafi kebangkitan Malaysia
Harapan untuk melihat Malaysia memecah dominasi sepak takraw Thailand tidak berlaku apabila regu lelaki negara tewas di tangan juara bertahan dalam aksi liga sepusingan Sukan SEA Kemboja, pagi tadi.

Sukan SEA Kemboja: Kemenangan tidak memihak Malaysia -- Noraizat
Temasya Sukan SEA sekali lagi gagal jadi pentas untuk Malaysia raih pingat emas daripada sukan sepak takraw,

Sukan SEA Kemboja: Skuad sepak takraw lelaki gagal rampas emas acara beregu daripada Indonesia
Hasrat skuad sepak takraw lelaki negara untuk merampas pingat ems acara beregu lelaki daripada juara bertahan, Indonesia, tidak kesampaian selepas tewas 1-2 dalam aksi final Sukan SEA Kemboja 2023 di Kompleks Olimpik Phnom Penh sebentar tadi.

Emas Anuar STL: PSM, Astro perkenal saingan Piala Cabaran
Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dan Astro mengambil inisiatif memperkenalkan Kejohanan Piala Cabaran bagi merancakkan saingan Liga Sepak Takraw (STL) musim 2023 bermula 26 Mei ini.

Sukan SEA Kemboja: Skuad chinlone yakin ada peluang menang emas linking
Skuad chinlone negara percaya masih ada peluang buat mereka untuk mempertahankan pingat emas acara linking yang dimenangi pada 2017 dalam Sukan SEA Kemboja, Isnin ini.

Sukan SEA Kemboja: Habuan menarik andai kejutkan sepak takraw Thailand
Kem sepak takraw kebangsaan memperoleh suntikan semangat sebelum berangkat ke Kemboja selepas Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan, mengumumkan akan ada durian runtuh sekiranya mereka mencapai sasaran yang ditetapkan.

Sukan SEA: Ahmad Jais mahu pemain takraw negara hadirkan aksi terbaik
Penyertaan tiga pasukan tidak bermakna Malaysia boleh ambil sambil lewa

Sukan SEA: CDM lega sasaran pingat tidak terjejas
Susulan pengesahan acara regu berpasukan lelaki sepak takraw bakal dipertandingkan di Sukan SEA Kemboja walaupun terdapat hanya tiga negara yang bakal membuat penyertaan.

Sukan SEA Kemboja: Regu berpasukan lelaki sepak takraw diteruskan
Acara regu berpasukan lelaki sepak takraw sah akan dipertandingkan dalam Sukan SEA Kemboja yang bermula 5 Mei depan di sebalik hanya menerima penyertaan daripada tiga negara.

Selangor mengganas di Perak
Kemenangan besar yang dicipta Selangor ke atas Perak dalam perlawanan ke-11 Liga Super telah mengukuhkan lagi kedudukan Red Giants di tempat kedua liga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sukan SEA Kemboja: MSN kenal pasti punca hilang 12 emas
Majlis Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia, yang 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Sukan SEA Kemboja: Setiap persatuan perlu pikul bersama tanggungjawab gagal lepasi sasaran -- KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru setiap persatuan sukan kebangsaan untuk bersama memikul tanggungjawab atas kegagalan kontinjen negara melepasi sasaran pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Hamidin akui kecewa prestasi hambar skuad B22 di Kemboja
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa dengan prestasi yang dipamerkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) di Sukan SEA Kemboja yang berakhir pada Rabu.

Selamat Tinggal Kemboja, Bangkok 2025 tunggu kami datang!
Temasya Sukan SEA ke-32 secara rasminya melabuhkan tirai sebaik obor dipadamkan dalam upacara penutup yang berlangsung cukup meriah dengan dihadiri puluhan ribu penonton di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Sasaran pingat emas bukan perancangan jangka masa singkat -- Jefri
Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffri Ngadirin menafikan persatuan sukan sekadar janji bulan dan bintang dalam memenuhi sasaran emas sebelum ke Sukan SEA Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: BAM cari faktor kegagalan skuad badminton capai sasaran
Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu pingat emas apabila wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin tewas di pentas final.

Sukan SEA Kemboja: Persatuan sukan harus tampil beri jawapan -- Nasir Ali
'Persatuan kena tampil jawab', itu perkongsian Chef De Mission (CDM) Sukan SEA Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali, selepas kontinjen negara menamatkan saingan di tangga ketujuh Sukan SEA edisi ke-32.

Malaysia Masters: Kemboja pentas pemanas badan terbaik Jun Hao
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, menyifatkan Sukan SEA Kemboja 2023 pentas pemanas badan terbaik menjelang kejohanan Malaysia Masters 23 Mei ini.

Sukan SEA Kemboja: Iman Hakim gembira butir pingat emas
‘Saya tidak boleh kalah kepada adik saya’, semangat itulah yang membawa kepada perjuangan hidup mati Ahmad Nor Iman Kakim, anak legenda muay thai negara, Rakib Ahmad.

Sukan SEA Kemboja: Faris Harizan dedikasi pingat emas buat keluarga
'Keluarga, pasukan dan diri sendiri' itu merupakan perkataan yang terpapar di pergelangan kiri dan kanan tangan Faris Harizan cukup untuk menceritakan segalanya selepas membantu skuad hoki negara meraih pingat emas Sukan SEA Kemboja hari ini.

Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan: Azizulhasni kembali temui rentak kemenangan
Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, tiada masalah menewaskan Shah Firdaus Sahrom untuk meraih pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional Nilai dalam acara pecut lelaki elit hari ini.

Sukan SEA Kemboja: Jason Loo pingat emas kejayaan luar jangkaan
Pemenang pingat emas taekwondo dalam acara poomsae, Jason Loo tidak menjangkakan kejayaannya selepas acaranya tidak dipertandingkan dalam edisi lalu namun persediaan tetap berjalan sehingga hari terakhir sebelum bertolak ke Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: Skuad hoki negara tepati ramalan peroleh pingat emas
Skuad hoki lelaki negara meneruskan dominasi di pentas Asia Tenggaara apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam aksi final, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Lego Sam pertahan pingat emas
Kontinjen Malaysia menambah bilangan pingat emas dalam saingan Sukan SEA Kemboja susulan kejayaan terindah atlet negara dalam acara final 'breakdance' yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.