Kemenangan besar yang dicipta Selangor ke atas Perak dalam perlawanan ke-11 Liga Super telah mengukuhkan lagi kedudukan Red Giants di tempat kedua liga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Walaupun jurang kedudukan mata di antara Red Giants dengan Harimau Selatan agak besar, namum ia akan memberi sedikit persaingan daripada segi moral buat anak didik Tan Cheng Hoe itu, terutama kerana peminat-peminat semua tahu bahawa dua seteru ini sentiasa akan melakukan perang psikologi melaui media sosial dan sudah tentu ia pasti memeriahkan suasana Liga Malaysia.

Berbalik pada kejayaan menang besar yang dicipta Red Giants itu, kita dapat lihat bagaimana semangat berpasukan dan pemahaman taktikal yang ditampilkan anak didik Tan Cheng Hoe itu.

Kita boleh lihat melalui pergerakkan-pergerakkan jaringan yang diperolehi Selangor, kita boleh lihat bagaimana kombinasi dan persefahaman baik di bahagian midfield di antara Mukhairi Ajmal, Faisal Halim dan Aryon del Valle. Tiga pemain ini yang membawa kejayaan sebenar buat Red Giants.

Ketiga-tiga pemain ini telah berjaya mencorakan permainan yang positif dengan banyak memulakan bahagian tengah dengan banyak melakukan hantaran-hantaran lolos ke hadapan melalui laluan di bahagian tengah sebagaimana jaringan Faisal dan Mukhairi.

Ini berpunca apabila pemain Perak agak sedikit lambat untuk memberi tekanan. Jika pemain-pemain The Boss Gaurus tidak membuat kesilapan itu, pasti ia sukar juga untuk pemain-pemain Red Giants menjaringkan gol.

Itulah peningkatan dan konsistensi permainan yang dipamerkan anak didik Tan Cheng Hoe itu, di mana dia juga memuji pemain-pemainnya atas kemenangan yang besar ini dan jika anak didiknya dapat menggekalkan momentum, sudah tentu peluang untuk meletakkan Red Giants dalam saingan Piala AFC pada musim hadapan amat cerah dan sudah tentu peluang ini tidak mahu dilepaskan Tan Cheng Hoe.

Bagi pemain-pemain Selangor, terutama bagi pemain muda, inilah masa terbaik untuk mereka mengambil peluang jika berjaya.