Jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, mengjadikan aura pemain ke-12 sebagai senjata utama untuk melakukan kejutan ke atas juara lapan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam pertemuan dua pasukan teratas, malam esok.

Bekas jurulatih kebangsaan itu mengakui kehebatan lawan sukar dibendung walaupun pasukannya mempunyai rekod baik di Stadium Likas menerusi tiga perlawanan berturut-turut tanpa kalah musim ini.

"Kami tidak boleh ambil ketika bertemu mana-mana pasukan terutama JDT yang mempunyai ramai pemain berkualiti.

"Kami mesti menghadapi perlawanan esok seperti perlawanan lalu.

"Dengan penjualan tiket yang laris, saya harap dapat membantu pasukan berikan persembahan lebih baik," katanya.




The Rhinos, bagaimanapun, tidak dapat menurunkan dua pemain utama, Irfan Fazail dan Stuart Wilkin, kerana kedua-duanya merupakan pemain pinjaman daripada Harimau Selatan musim ini.

Namun, Kim Swee tidak melihat situasi itu sebagai halangan untuk menghadirkan tentangan hebat kepada lawan yang dijangka kembali diperkuatkan penggempur berbisa, Bergson Da Silva.

"Kami harus hormati kelab yang meminjamkan pemain kepada Sabah.

"Namun, pemain lain akan mampu menggalas tugas dan kami bernasib tiada kecederaan serius," katanya.