Di sebalik misi Malaysia berakhir di tangan India di peringkat suku akhir Piala Thomas, jurulatih kepada Lee Zii Jia iaitu Indra Wijaya berpuas hati dengan prestasi anak didiknya itu sepanjang kempen.
Zii Jia mempamerkan aksi tekal yang membanggakan selain merakamkan kemenangan dalam setiap perlawanan dengan keputusan straight set.
Reaksi Indra itu berasaskan prestasi terkini juara Asia 2022 tersebut yang mengalahkan pemain seperti Kento Momota dan Lakshya Sen.
"Dia mampu beraksi mengatasi semua kesulitan dan sentiasa menyumbangkan mata buat Malaysia.
"Dari awal lagi saya sudah berpesan tentang soal kestabilan permainannya dan ia bertambah baik sejak dia menyertai Terbuka Jerman hingga Piala Thomas.
"Saya boleh cakap dia cukup tekal dan itu yang kami mahu jaga," kata Indra.
Sebelum ini, prestasi pemain di ranking keenam dunia itu sering dipersoalkan hingga dilabel beberapa pihak seperti "yo-yo" apabila berjaya mengalahkan pihak lawan yang hebat tetapi boleh dijinakkan oleh pihak lawan yang mudah.
Begitupun, bermula pada tahun ini Zii Jia mula mempamerkan aksi yang lebih stabil dan ia membina keyakinannya bagi menghadapi kejohanan-kejohanan akan datang seperti Terbuka Thailand, Selasa ini.
"Semua aspek perlu diperhatikan.
"Dalam latihan kami setiap hari ini, kami persiapkannya tentang corak persembahannya.
"Kami akan buat persiapan menghadapi kejohanan berturut-turut," katanya.
Shaiful Shamsudin
Sat May 14 2022


Zii Jia ulangi tidak akan sertai Sukan Komanwel
'Ini kali terakhir', itu kata-kata perseorangan profesional nombor satu negara, Lee Zii Jia, mengenai penarikan diri daripada Sukan Komanwel bulan depan.

Badminton Terbuka Malaysia: Kehadiran peminat semarak semangat Peng Soon
Beregu campuran, Chan Peng Soon-Cheah Yee See, mengakui masih dalam membentuk keserasian dan gembira dengan peningkatan prestasi yang dipamerkan meskipun baru bergandingan dalam dua kejohanan setakat ini -- dalam Kejohanan Masters Indonesia serta Terbuka Indonesia awal bulan ini.

Sukan Komanwel Birmingham: Ng Tze Yong galas tempat ditinggalkan Lee Zii Jia
Perseorangan muda negara, Ng Tze Yong, bakal menggalas cabaran dalam Sukan Komanwel Birmingham untuk menggantikan Lee Zii Jia.

Sukan Komanwel Birmingham: Timbalan CDM kaji sasaran dua emas badminton selepas Zii Jia tarik diri
Timbalan chief-de-mission (CDM) Sukan Komanwel Birmingham, Gerard Monteiro, kecewa dengan penarikan diri Lee Zii Jia yang ingin memberi keutamaan kepada Kejohanan Dunia, Ogos depan.

Sukan Komanwel Birmingham: Resepi Rexy sempurnakan misi tiga emas
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky, mempunyai rahsia di sebalik pemilihan dua pasangan beregu campuran daripada badan induk itu dan profesional dalam skuad awal Sukan Komanwel Birmingham 2022, dari 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Badminton Terbuka Malaysia: Aaron tidak pernah jemu usaha akhiri badi
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia, bertekad mengakhiri badi aksi kurang memberansangkan di untuk merangkul kejuaraan pertama yang amat dinanti-nantikan depan penyokong sendiri.

Terbuka Malaysia: Wong Tat Meng pasang misi naikkan ranking perseorangan Hong Kong
Teka-teki hala tuju Wong Tat Meng selepas tidak lagi bersama Korea Selatan terjawab apabila bekas pemain kebangsaan itu menjalani latihan hari pertama bersama skuad badminton Hong Kong di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, hari ini.

Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik kandas dalam separuh akhir
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Woi Yik, gagal ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia selepas tewas kepada lawan bukan pilihan dari China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, dalam aksi separuh akhir di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
.jpg?ext=.jpg)
Terbuka Indonesia: Axelsen sekat hajat Lee Zii Jia ke final
Hasrat perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Indonsia tidak kesampaian selepas tewas kepada pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen, di Istora Gelora Bung Karno, Jakarta sebentar tadi.
.jpg?ext=.jpg)
Terbuka Indonesia: Atasi juara dunia, Zii Jia mara ke separuh akhir
Perjalanan pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, berjaya melangkah ke separuh akhir Terbuka Indonesia apabila mengatasi juara dunia 2021 Loh Kean Yew, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.