Pengendali Laos, Michael Weiss, seolah-olah buntu untuk menghadapi tentangan skuad Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil esok selepas pasukan itu menghadapi masalah kecederaan pemain yang serius.
Menurut Weiss, dia juga masih belum memikirkan taktikal yang akan digunakan pada perlawanan tersebut dan hanya akan berbuat demikian selepas melihat keadaan keseluruhan pemain terlebih dahulu.
"Kami tewas besar kepada pasukan pilihan Vietnam dan kini ramai pemain yang cedera.
"Kami melakukan persiapan rapi dalam kejohanan ini. Untuk tewas besar (kepada Vietnam) ia jelas bukan apa yang kami mahukan. Namun, motivasi kami tetap tinggi untuk menghadapi perlawanan ini.
"Tetapi, pendekatan bagaimana untuk kami turun dalam perlawanan masih belum diputuskan. Saya akan mengkaji perlawanan antara Malaysia dan Myanmar dahulu dan melihat dalam sesi latihan untuk melihat siapa yang boleh diturunkan," katanya ketika sidang akhbar di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat.
Dalam pada itu, Weiss turut melihat pasukan Harimau Malaya berada di tahap berbeza selain mempunyai kualiti sebagai pencabar utama dalam Piala AFF kali ini.
"Malaysia masih boleh membentuk sebuah pasukan yang kuat walaupun kehilangan ramai pemain JDT. Saya mengikuti rapat pasukan Malaysia dalam tempoh 10 tahun dan Malaysia semakin bagus dalam segala aspek," katanya.
Sementara itu, pemain tengah Laos, Phithack Kongmathilath menyifatkan perlawanan menentang Harimau Malaya itu sebagai perlawanan penting untuk Laos selepas tewas aksi pembukaan kepada Vietnam.
Muhammad Zakwan Nazaraly
Fri Dec 23 2022


Ini baru sahaja permulaan -- Elavarasan
Pengendali skuad bola sepak B22 negara, E. Elavarasan, menganggap kejayaan menjulang Piala Merlion di Singapura sebagai satu titik tolak buat anak buahnya untuk meraih lebih banyak keputusan positif selepas ini.

Hodak: Aksi antarabangsa bakal jadi motivasi baru Josue cemerlang di KL City
Di sebalik kejayaan Harimau Malaya menundukkan Turkmenistan buat kali kedua berturut-turut, tumpuan khusus terarah kepada pemain naturalisasi, Paulo Josue serta Endrick dos Santos yang memainkan watak penting di bahagian tengah skuad Kim Pan-gon.

Persaingan sihat baik buat Harimau Malaya -- Shahrul Saad
Pemain pertahanan Harimau Malaya, Shahrul Saad, mengakui kem latihan Harimau Malaya kali ini merupakan yang paling sengit terutama di bahagian pertahanan.

Pan-gon optimis Harimau Malaya pamer aksi terbaik
Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, yakin skuad kendaliannya itu tetap mampu beraksi mantap berdepan Hong Kong pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, pada Selasa biarpun tanpa kelibat dua pemain, Ariff Aiman Hanapi Endrick Dos Santos yang dilaporkan mengalami kecederaan.

Hong Kong belum dapat ramuan terbaik bertemu Harimau Malaya
'Kami belum dapat barisan pemain terbaik untuk berdepan Harimau Malaya', itu reaksi pengendali Hong Kong, Joern Andersen aksi persahabatan antarabangsa Tier-1 berdepan skuad negara di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, esok.

Jaringan Akhyar bantu Harimau Malaya jinakkan Turkmenistan
Jaringan tunggal Akhyar Rashid membenarkan skuad kebangsaan memperoleh kemenangan 1-0 ke atas Turkmenistan dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail, sebentar tadi.

MotoGP: Damok janji aksi terbaik di Portimao
Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman menjanjikan aksi terbaik dalam penampilan pertamanya di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini, bermula di Grand Prix (GP) Portugal di Litar Antarabangsa Algrave, Portimao, selatan Portugal pada Jumaat.

Liga Super: Azzmi belum puas hati prestasi PDRM
Biarpun tidak diletakkan sebarang harapan, PDRM FC kini mencuri tumpuan apabila kini menghuni tangga keenam Liga Super.

Kecederaan paksa Azizulhasni terlepas aksi di Kaherah
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang, terpaksa melupakan aksi di Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Kaherah, Mesir bulan ini susulan kecederaan.

Pan-gon tampil lapan muka baru perkuat Harimau Malaya
Evolusi era kepimpinan Kim Pan-gon kini memasuki fasa peralihan apabila pengumuman senarai 27 pemain yang dipanggil untuk berada dalam kem latihan pusat dengan tumpuan utama terarah kepada pemilihan dua pemain naturalisasi.

Sukan SEA Kemboja: Sepak Takraw tawar 22 pingat emas
Sebanyak 22 pingat emas akan menjadi rebutan dalam acara sepak takraw dalam Sukan SEA Kemboja 2023 bermula Mei depan.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.