Pelari pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, belum pasti beralih gelanggang latihan di sebalik desas-desus mengatakan dia ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Azeem yang mendapat sentuhan jurulatih, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah, di Perak menjelaskan ada beberapa sebab dia belum memuktamadkan keputusannya termasuk membabitkan persiapannya ke Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Colombia selain faktor pendidikannya.
"Kalau saya pergi ke Kuala Lumpur sekalipun mungkin untuk persiapan ke Kejohanan Remaja Dunia.
"Sebelum itu saya akan menyertai Terbuka Sarawak pada awal bulan depan sebelum memuktamadkan perpindahan saya.
"Kalau saya ke Kuala Lumpur dan jurulatih pula tidak dapat ikut saya, saya akan tetap gunakan program yang diterapkannya tetapi di bawah pemantauan jurulatih di sana.
"Kalau di Kuala Lumpur banyak kemudahan seperti MSN (Majlis Sukan Negara) dan ISN (Institut Sukan Negara) yang akan memastikan saya bersedia untuk lari atau tidak.
"Latihan di Ipoh tiada masalah cuma di Kuala Lumpur lebih lengkap," katanya.
Azeem juga berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa dia berkemungkinan akan menyambung pelajaran di Amerika Syarikat (AS) seawal Januari 2023.
"Buat masa ini saya masih berbincang dengan jurulatih dan keluarga untuk sambung pengajian.
"Kalau diberi peluang, saya akan manfaatkan peluang latihan dan belajar di luar negara.
"Paling awal saya pergi mungkin pada Januari 2023. Saya menerima dua tawaran iaitu di Universiti Winona dan Minnesota tapi selepas berbincang dengan pihak di sana, ada peluang yang lebih baik lagi.
"Saya dan jurulatih tidak terburu-buru untuk capai sasaran. Kami cuba kekalkan catatan di bawah 10.3saat sebelum mencapai kemuncak prestasi," katanya.
Shaiful Shamsudin
Tue Jun 21 2022


Azeem Fahmi mahu prestasi sukan, akademik seiring
Universiti yang mempunyai rekod akademik dan latar belakang sukan yang baik menjadi keutamaan atltet pecut negara, Muhammad Azeem Fahmi, untuk memutuskan masa depannya di institusi luar negara.

Sukan Komanwel Birmingham: Andre Anura tamatkan aksi final tanpa sebarang catatan
Atlet lompat kijang negara, Andre Anura Anuar, menamatkan saingan final Sukan Komanwel Birmingham tanpa sebarang catatan di Stadium Alexander sebentar tadi.

Eizlan tetap hormat Hup Wei sebagai jurulatih
Atlet lompat tinggi negara, Eizlan Dahalan, tetap menghormati Lee Hup Wei sebagai jurulatih barunya walaupun pernah tiga kali mengalahkan bekas jaguh negara itu.

Sukan Komanwel Birmingham: Russel Alexander kandas dalam separuh akhir 200m lelaki
Wakil negara, Russel Alexander Nasir Taib, terpaksa akur perjuangannya dalam 200m berakhir di peringkat separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham.

Sukan Komanwel Birmingham: Air mata Afiq berderai terlepas pingat
Pelari pecut para negara, Afiq Ali Hanafiah, tidak dapat mengawal emosinya selepas muncul atlet terakhir melepasi garisan penamat dalam final acara 100 meter T11-12, Sukan Komanwel Birmingham di Stadium Alexander awal pagi tadi.

ISG: Poad Kassim optimis kuartet pecut mampu lakar kejutan
Jurulatih pecut negara, Poad Kassim, beranggapan kuartet pecut kebangsaan boleh melakukan kejutan Sukan Solidariti Islamik (ISG) yang akan berlangsung di Turki bermula Selasa depan.

Sukan Komanwel: Grace Wong berjaya lolos ke final
Atlet baling tukul besi negara, Grace Wong, berjaya melayakkan diri ke final dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Afiq Ali Hanafiah mara ke final 100m T11-12
Pelari pacut para negara, Afiq Ali Hanafiah, mara ke final acara 100m T11-12 Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas menamatkan saingan saringan pertama di Stadium Alexander di tempat ketiga sebentar tadi.

Manshahar bangga pencapaian Azeem, beri bayangan latihan di luar negara
Ketua jurulatih skuad olahraga negara, Manshahar Abd Jalil, berbangga dengan pencapaian pelari sensasi muda, Azeem Fahmi, yang muncul pelari kelima terpantas dalam Kejohanan Olahraga Remaja Dunia di Cali, Colombia pagi tadi.

Olahraga Dunia Remaja: Azeem Fahmi tamatkan acara riben biru di tempat kelima
Azeem Fahmi terlepas podium dalam Kejohanan Olahraga Dunia Remaja 2022 apabila dia menduduki tempat kelima dalam acara 100m akhir lelaki di Cali, Colombia, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.