Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa dengan prestasi yang dipamerkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) di Sukan SEA Kemboja yang berakhir pada Rabu.
Menurutnya, FAM akan menunggu laporan yang akan dikemukakan oleh pengendali B-22 negara, E Elavarasan dan barisan teknikal pasukan berhubung prestasi pasukan dan kegagalan memenuhi sasaran layak ke perlawanan akhir di temasya dwitahunan itu.
"Saya dan FAM dah tentu kecewa. Namun, kalau kita lihat ini kali pertama Elavarasan membawa pasukan B-22 ke Sukan SEA.
"Jadi, kita perlu melihat laporan daripada beliau dan barisan teknikal untuk pihak Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donell, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon membuat penilaian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media dalam Majlis Hari Raya FAM, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Khamis.
Skuad B-22 negara gagal memenuhi sasaran untuk layak ke perlawanan akhir Sukan SEA Kemboja selepas terkandas di saingan peringkat kumpulan.
Harimau Muda menamatkan saingan di tempat ketiga dalam Kumpulan B dengan jumlah enam mata daripada empat perlawanan di belakang Thailand dan Vietnam.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat untuk bola sepak Sukan SEA ialah pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu perak manakala kali terakhir meraih emas adalah di Indonesia pada 2011.
Sementara itu, Hamidin menjelaskan laporan daripada Elavarasan dan barisan teknikal pasukan akan siap pada minggu depan dan sebarang langkah akan diambil selepas menilai laporan tersebut.
"Kita akan tengok secara keseluruhan laporan tersebut. Coach Elavarasan ada dua lagi kejohanan B-23 iaitu AFF B-23 dan juga Kelayakan AFC yang akan diadakan minggu depan.
"Selain itu skuad negara juga akan ada kelayakan pusingan akhir ke Sukan Olimpik pada bulan September ini," katanya.
Kredit: Sinar Harian
Sinar Harian
Thu May 18 2023


Selangor mengganas di Perak
Kemenangan besar yang dicipta Selangor ke atas Perak dalam perlawanan ke-11 Liga Super telah mengukuhkan lagi kedudukan Red Giants di tempat kedua liga di belakang Johor Darul Ta’zim (JDT).

Sukan SEA Kemboja: MSN kenal pasti punca hilang 12 emas
Majlis Sukan Negara (MSN) telah menggariskan beberapa faktor yang menjadi antara penyumbang kepada kegagalan kontinjen Malaysia, yang 'kehilangan' 12 emas daripada sembilan jenis sukan dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Sukan SEA Kemboja: Setiap persatuan perlu pikul bersama tanggungjawab gagal lepasi sasaran -- KBS
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyeru setiap persatuan sukan kebangsaan untuk bersama memikul tanggungjawab atas kegagalan kontinjen negara melepasi sasaran pingat emas dalam Sukan SEA Kemboja 2023 baru-baru ini.

Hamidin akui kecewa prestasi hambar skuad B22 di Kemboja
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mengakui kecewa dengan prestasi yang dipamerkan skuad bola sepak Bawah 22 Tahun (B-22) di Sukan SEA Kemboja yang berakhir pada Rabu.

Selamat Tinggal Kemboja, Bangkok 2025 tunggu kami datang!
Temasya Sukan SEA ke-32 secara rasminya melabuhkan tirai sebaik obor dipadamkan dalam upacara penutup yang berlangsung cukup meriah dengan dihadiri puluhan ribu penonton di Stadium Morodok Techo, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Sasaran pingat emas bukan perancangan jangka masa singkat -- Jefri
Pengarah Bahagian Atlet Majlis Sukan Negara (MSN), Jeffri Ngadirin menafikan persatuan sukan sekadar janji bulan dan bintang dalam memenuhi sasaran emas sebelum ke Sukan SEA Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: BAM cari faktor kegagalan skuad badminton capai sasaran
Kem badminton negara gagal mencapai sasaran satu pingat emas apabila wakil tunggal negara dalam acara beregu campuran, Yap Roy King-Cheng Su Yin tewas di pentas final.

Sukan SEA Kemboja: Persatuan sukan harus tampil beri jawapan -- Nasir Ali
'Persatuan kena tampil jawab', itu perkongsian Chef De Mission (CDM) Sukan SEA Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali, selepas kontinjen negara menamatkan saingan di tangga ketujuh Sukan SEA edisi ke-32.

Malaysia Masters: Kemboja pentas pemanas badan terbaik Jun Hao
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, menyifatkan Sukan SEA Kemboja 2023 pentas pemanas badan terbaik menjelang kejohanan Malaysia Masters 23 Mei ini.

Sukan SEA Kemboja: Iman Hakim gembira butir pingat emas
‘Saya tidak boleh kalah kepada adik saya’, semangat itulah yang membawa kepada perjuangan hidup mati Ahmad Nor Iman Kakim, anak legenda muay thai negara, Rakib Ahmad.

Sukan SEA Kemboja: Faris Harizan dedikasi pingat emas buat keluarga
'Keluarga, pasukan dan diri sendiri' itu merupakan perkataan yang terpapar di pergelangan kiri dan kanan tangan Faris Harizan cukup untuk menceritakan segalanya selepas membantu skuad hoki negara meraih pingat emas Sukan SEA Kemboja hari ini.

Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan: Azizulhasni kembali temui rentak kemenangan
Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, tiada masalah menewaskan Shah Firdaus Sahrom untuk meraih pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional Nilai dalam acara pecut lelaki elit hari ini.

Sukan SEA Kemboja: Jason Loo pingat emas kejayaan luar jangkaan
Pemenang pingat emas taekwondo dalam acara poomsae, Jason Loo tidak menjangkakan kejayaannya selepas acaranya tidak dipertandingkan dalam edisi lalu namun persediaan tetap berjalan sehingga hari terakhir sebelum bertolak ke Kemboja.

Sukan SEA Kemboja: Skuad hoki negara tepati ramalan peroleh pingat emas
Skuad hoki lelaki negara meneruskan dominasi di pentas Asia Tenggaara apabila memenangi pingat emas selepas menewaskan Singapura 3-0 dalam aksi final, sebentar tadi.

Sukan SEA Kemboja: Lego Sam pertahan pingat emas
Kontinjen Malaysia menambah bilangan pingat emas dalam saingan Sukan SEA Kemboja susulan kejayaan terindah atlet negara dalam acara final 'breakdance' yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik sebentar tadi.