Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers, mengulangi pendiriannya bahawa Wesley Fofana bukan untuk dijual walaupun Chelsea kelihatan berminat untuk mendapatkan pertahanan itu.

Pertahanan tengah berusia 21 tahun itu sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Stamford Bridge selepas Chelsea gagal mendapatkan Jules Kounde, yang memilih untuk menyertai Barcelona.

The Foxes dikatakan telah menolak dua tawaran Chelsea dan perpindahan termahal dunia mungkin diperlukan seandainya pemain itu mahu dilepaskan dari Stadium King Power.

Fofana telah beraksi dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dan Rodgers menjangkakan bahawa pemain itu akan kekal bersama kelabnya.


"Ideanya adalah dia akan kekal menjadi pemain Leicester City," kata Rodgers kepada wartawan.

"Saya sudah mengulanginya banyak kali bahawa dia bukan untuk dijual.

"Kelab ini telah amat jelas mengenai perkara berkenaan, jadi selagi tiada sebarang perubahan, saya menjangkakan dia akan kekal di sini," katanya lagi.