Dua pingat emas yang diraih dalam Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 memberikan keyakinan buat atlet wushu negara, Loh Jack Chang, untuk mempamerkan persembahan yang lebih baik apabila beraksi dalam Kejohanan Dunia di Kazan, Russia hujung bulan ini.
Atlet kelahiran Miri, Sarawak itu membuktikan dia masih antara yang terbaik selepas meraih emas kategori taijijian dan taijiquan dalam temasya dwitahunan itu, sekaligus memberikan persiapan terbaik buat dirinya untuk memburu keputusan yang sama di Kazan nanti.
Dalam Kejohanan Dunia di Jakarta dua tahun lalu, dia meraih emas kategori taijiquan manakala gangsa untuk saingan taijijian.
"Dua tahun lepas, saya dapat satu emas dan satu gangsa, jadi saya harap kali ini akan dapat beraksi lebih baik.
"Saya percaya semua atlet yang beraksi berpeluang untuk meraih pingat dalam Kejohanan Dunia, cuma perlu tampil dengan aksi terbaik," katanya.
Dalam masa sama, Jack Chang masih belum memutuskan sama ada mahu bersara atau meneruskan karier tahun ini selepas menangguhkan perancangan untuk bersara sebelum bermulanya Sukan SEA.
Berdasarkan pretasi semasa, atlet berusia 30 tahun itu dijangka akan terus membawa cabaran negara di pentas Sukan Asia 2018 Indonesia.
"Saya rasa bangga dapat menyumbang untuk negara.
"Buat masa sekarang, segalanya tampak baik dan saya juga sudah kembali berlatih," tambah Jack Chang.
Penulis Jemputan
Fri Sep 01 2017


Yan Yee serik dengan episod hitam
Insiden kes doping yang membabitkan penerjun negara, Ng Yan Yee, pada tahun lalu telah mengubah kehidupan dan kerjayanya.

Sie Yan mahu guna wang untuk pelajaran
Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) telah diadakan pada Selasa lalu untuk menghargai usaha serta kejayaan atlet-atlet kebangsaan yang mengharumkan nama Malaysia dalam saingan Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, baru-baru ini.

Eddy harap dapat ke Gold Coast
Atlet menembak negara, Eddy Chew, yakin peluangnya untuk tersenarai ke Sukan Komanwel Gold Coast 2018 tetap ada walaupun mengakui gagal mempamerkan persembahan terbaik pada tahun ini.

Ujian sampel B dilakukan esok
Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengumumkan ujian sampel B oleh atlet negara yang terbabit dengan kes doping dalam saingan Sukan SEA Kuala Lumpur baru-baru ini akan dijalankan pada Rabu ini.

SKA puji inisiatif Tambunan
Persatuan Karate Sabah (SKA) memuji usaha daerah Tambunan yang terus berusaha membangun serta melahirkan bakat-bakat baharu sukan berkenaan di negeri itu.

Nixson tekad pertahankan gelaran
Atlet olahraga negara, Nixson Kennedy, melaungkan amaran awal untuk mempertahankan gelaran raja pecut, menjelang Kejohanan Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 di Lumut, Perak, bermula Rabu ini.

Atlet doping mahukan ujian sampel B
Setiausaha agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Low Beng Choo, mengesahkan atlet yang terjun negara yang gagal dalam ujian doping kerana positif bahan terlarang, dipercayai jenis sibutramine dalam saingan Sukan SEA 2017 baru-baru ini mahu menjalankan ujian sampel B.

Bryan Nickson: Isu rogol, doping perlu dijadikan iktibar
Bekas atlet terjun negara, Bryan Nickson Lomas, menganggap dua isu yang melanda skuad terjun ketika ini sebagai satu peristiwa yang perlu diambil iktibar oleh semua pihak tidak kira atlet atau jurulatih.

Marina sedia bantu KBS dalam isu rogol
Chef de Mission (CDM) Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin, percaya mampu menggalas tugas baru sebagai ketua jawatankuasa khas yang ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berhubung kes rogol melibatkan atlet dan jurulatih skuad terjun negara.

Isu doping tidak seharusnya wujud
Ketua unit Agensi Doping Malaysia (ADAMAS), Nishel Kumar, menganggap isu atlet malaysia yang dikaitkan dengan kes doping Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 tidak seharusnya berlaku dan amat memeranjatkan.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.