Muzaffar Musa
Tue Feb 08 2022
Hari ini menjadi hari penuh gemilang buat arena sukan negara apabila dua ikon, Leong Mun Yee (terjun) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh para) dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, Panglima Mahkota Wilayah, yang membawa gelaran Datuk.
Mun Yee, yang ditemu bual wartawan Nadi Arena, Adam Zamri, selepas penerimaan gelaran itu, berkata dia mahu terus menyumbang buat arena sukan negara biarpun tidak lagi bergelar atlet.
"Saya amat berterima kasih kerana diberikan penghargaan hari ini.
"Sebenarnya saya sudah menyertai sukan terjun sejak 23 tahun lalu, jadi memang agak lama.
"Saya amat berterima kasih dan berjanji akan terus memberikan sumbangan buat negara biarpun bukan lagi sekadar atlet -- mungkin sebagai jurulatih," katanya.
Sebagai rekod, Mun Yee merupakan atlet negara melakukan penampilan paling banyak di pentas Sukan Olimpik, di mana dia pernah beraksi dalam lima edisi temasya itu (2000, 2004, 2008, 2012 dan 2020).

Sukan Komanwel Birmingham: Gandingan Syafiq-Nur Dhabitah butir gangsa
Gandingan Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri membutirkan pingat gangsa buat negara dalam acara terjun 3 meter papan anjal seirama campuran Sukan Komanwel Birmingham di Pusat Akuatik Sandwell sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Nur Dhabitah sebak selepas raih perak kedua peribadi
Penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri, tidak dapat menahan sebak sebaik meraih pingat perak dalam acara 3 meter papan anjal individu wanita, Sukan Komanwel Birmingham 2022 awal pagi tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Gandingan penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee, menambah koleksi pingat perak kontinjen negara dalam final acara terjun 3 meter papan anjal seirama wanita di pusat akuatik Sandwell sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Jellson Jabilin tidak cukup cergas sebelum saingan
Penerjun negara, Jellson Jabilin, mendedahkan bahawa dia menghadiri Sukan Komanwel Birmingham dalam keadaan yang tidak cergas sepenuhnya.

Sukan Komanwel: Pandelela alih tumpuan bagi acara seterusnya
Penerjun negara, Datuk Pandelela Rinong, menganggap rezeki tidak memihaknya dalam acara 10 meter platform individu selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-11 Sukan Komanwel Birmingham secara keseluruhan.

Sukan Komanwel: Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert peroleh perak acara 3m seirama
Penerjun negara, Syafiq Puteh-Gabriel Gilbert, membutirkan pingat perak menerusi saingan 3 meter papan anjal seirama lelaki dalam saingan Sukan Komanwel Birmingham, sebentar tadi.

Sukan Komanwel Birmingham: Cabaran Pandelela berakhir di tempat ke-11
Untuk edisi kedua Sukan Komanwel berturut-turut, Datuk Pandelela Rinong gagal menepati ramalan dalam acara akhir 10m platform wanita di Birmingham, awal pagi tadi.

Sukan Komanwel: Skuad terjun berlepas ke Birmingham
Skuad terjun negara yang diletakkan harapan prospek emas berlepas ke Birmingham bagi menghadapi Sukan Komanwel, hari ini.

Sukan Komanwel Birmingham: Syafiq buru kejayaan bersama Nur Dhabitah
Penerjun negara, Syafiq Puteh, yakin mampu memberikan kilauan pingat dalam acara tiga meter papan anjal serirama campuran bersama gandingannya, Nur Dhabitah Sabri, dalam Sukan Komanwel Birmingham bermula hujung bulan ini.

Sukan Komanwel Birmingham: Nur Dhabitah impi akhiri musim dengan nota gemilang
Di sebalik penggalaman luas dalam Sukan Komanwel, penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri yang dicanang untuk mencapai aspirasi pingat emas enggan tekanan menguasai dirinya.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.