Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, menolak berita bahawa Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Jelajah Dunia BWF pada 2023.

Khabar angin itu bermula selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan kalendar 2023, yang menunjukkan Malaysia akan memulakan musim menerusi Terbuka Malaysia dan mengakhirinya dengan Jelajah Akhir Dunia.

Dalam satu temu bual dengan Astro Arena hari ini, Kenny menjelaskan timbul kekeliruan penganjuran kejohanan iu berikutan "isu teknikal" sambil menegaskan ia tidak mempunyai sebarang asas.

“Dalam sistem BWF, sebuah negara perlu diletakkan (untuk setiap kejohanan) kerana ia adalah keperluan perisian.




"Memandangkan ibu pejabat BWF berpangkalan di sini, jadi (Pusingan Akhir Jelajah Dunia) diletakkan di Malaysia sebagai penganjur biarpun negara tuan rumah untuk edisi 2023 yang sebenar belum diputuskan.

“Malah, saya percaya tiada pengesahan untuk edisi 2022 dan khabar China menarik diri daripada menganjurkannya merupakan khabar angin,” katanya.

Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah kejohanan tahunan, yang kemudian dikenali sebagai Siri Super BWF adalah di Kuala Lumpur pada 2013.

Ia juga pernah dilangsungkan Kota Kinabalu pada 2008 dan Johor Bahru pada 2009.