Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) mengumumkan pasangan adik beradik, Naquib Azlan dan Nabil Azlan, akan mewakili negara bagi acara GP eRacing yang akan dipertandingkan buat julung kalinya pada Kejohanan E-Sukan SEA (SEA EC), Ahad ini.
Naquib dan Nabil yang mendominasi pusingan kelayakan kebangsaan kelmarin menafikan peluang Ayman Aqeem yang meraih tempat ketiga.
Naquib merupakan juara dua kali kategori emas bagi GP eRacing sementara Nabil, yang sentiasa mengekori rapat abangnya itu, pernah meraih tempat ketiga dalam pertandingan Toyota Gazoo Racing Velocity Esports tahun lalu.
“Saya sangat berbangga dan berbesar hati dapat mewakili Malaysia bersama-sama adik saya, Nabil. Ini merupakan peluang terbaik untuk kami mempamerkan aksi yang terbaik serta mencabar pelumba serantau,” kata Naquib.
Dua pelumba terbaik dari tujuh negara akan berentap dalam pusingan akhir dan antara negara yang mengambil bahagian ialah Indonesia, Thailand, Brunei, Singapura, Vietnam dan Filipina.
Bagi pengasas GP eRacing. Alex Yoong pula, “Saya amat teruja. Ini adalah kali pertama eRacing dipertandingkan dalam SEA EC dan ia adalah satu pengiktirafan buat warga sukan permotoran. Saingan sudah pasti akan lebih menarik memandangkan semua negara menghantar pelumba terbaik mereka.”
Antara yang perlu diberikan perhatian adalah pelumba berusia 17 tahun dari Filipina, Inigo Anton. yang pernah meraih beberapa kejuaraan sepanjang 2021 selain pelumba muda dari Singapura, Dillan Tan.
Dillan yang baru berusia 13 tahun sentiasa meraih kedudukan podium.
Mereka akan menggunakan jentera Z-Challenger Audi RS3 dengan warna negara masing-masing dalam tiga pusingan perlumbaan.
Pemenang akan menerima hadiah wang tunai berjumlah $10,000 (RM41.910) dan aksi pusingan akhir akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro eGG Network jam 11:45 pagi pada Ahad ini.
Kejuaraan SEA EC yang dilangsungkan di Vietnam pada 2 hingga 16 Januari depan menghimpunkan 52 buah pasukan daripada 10 persekutuan e-sukan seluruh Asia Tenggara yang akan bertanding untuk merebut wang tunai berjumlah $140,00 (RM586.780).
Shaiful Shamsudin
Wed Jan 05 2022


E-Sukan Komanwel: Wakil Malaysia sambar dua emas
Wakil Malaysia cemerlang dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel apabila mereka memenangi dua pingat emas di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Birmigham, awal pagi tadi.

Kejohanan E-Sukan Komanwel: Skuad Dota 2 wanita negara ke grand final
Malaysia memastikan akan ada kilauan pingat dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel selepas pasukan Dota 2 wanita negara layak ke pusingan grand final di Birmingham hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad e-sukan mohon maaf gagal pertahan gangsa Mobile Legends
Skuad e-sukan negara memohon maaf atas kegagalan mereka mempertahankan pingat gangsa acara Mobile Legend: Bang Bang selepas tewas kepada Singapura dalam penentuan tempat ketiga Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Perdagangan Antarabangsa Vietnam hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Todak wakili negara dalam acara Mobile Legends
Pengurus skuad E-sukan negara, Kelvin Pang, mendedahkan bahawa sukan itu menyasarkan lima pingat termasuk satu pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi bermula bulan depan.

Adik beradik wakili Malaysia dalam eRacing GP
Persekutuan Sukan Elektronik Malaysia (MESF) mengumumkan pasangan adik beradik, Naquib Azlan dan Nabil Azlan, akan mewakili negara bagi acara GP eRacing yang akan dipertandingkan buat julung kalinya pada Kejohanan E-Sukan SEA (SEA EC), Isnin depan.

Sukan SEA Hanoi: E-sukan mula cari pemain
Dua hari selepas Sukan SEA Hanoi di Vietnam, November depan, mengumumkan e-sukan yang bakal dipertandingkan, Persekutuan E-Sukan Malaysia (MESF) bercadang membuat proses pemilihan seawal Mei ini.

Daudsu kini mula bergiat dengan e-sukan
Nama Daudsu Jamaluddin pasti tidak asing buat peminat sukan bola sepak tempatan.

GBX E-Sports Team juara Zon 2 FIFA Club World Cup
GBX E-Sports Team muncul juara keseluruhan FIFA21 minggu keempat, iaitu minggu terakhir Zon 2 Divisi 1, Kejohanan FIFA Club World Cup selepas menewaskan pasukan dari Jepun, Singapura, Hong Kong dan Malaysia.

Piala Jemputan MPL: Team Bosskurr selesa status bukan pilihan
Sukan eletronik atau e-sukan semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.

MY E-Sports Kebangsaan 2.0: Captain's Mode muncul juara CS
Pasukan Captain's Mode muncul juara kategori Counter Strike (CS) dalam kejohanan maya MY E-Sports Kebangsaan 2.0 [email protected] Challenge selepas menewaskan pasukan Darkside 3-0 hari ini.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Satu emas dalam genggaman skuad badminton
Satu pingat emas sah berada dalam genggaman skuad badminton negara selepas dua wakil Malaysia akan bertemu dalam final acara badminton beregu campuran Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Bac Giang esok.