Ketika skuad Harimau Malaya masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Rabu lalu, kualiti gelanggang keramat itu menarik perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu beranggapan tiada maknanya kejayaan tersebut jika keadaan permukaan padang di SNBJ masih di takuk lama dengan menggunakan rumput jenis 'cow grass'.
"Lumrah bola sepak tanah air, 10 tahun masih tak serik. 10 tahun masih cakap lebih, tetapi masih cow grass," tulisnya di ruangan komen Instagram rasmi kelab, officialjohor.
SNBJ terus menghadirkan igauan buat pasukan lawan yang sukar untuk menundukkan pasukan negara setiap kali beraksi di kandang Harimau Malaya itu.
Paling diingati ialah ketika anak buah Kim Pan-gon menamatkan badi 42 tahun untuk layak ke Piala Asia selepas muncul lima naib juara terbaik di pusingan kelayakan di SNBJ pada Jun lalu.
Tunku Ismail turut meninggalkan komen di Instagram itu yang memberi bayangan bahawa masih banyak pihak atau kelab di Malaysia yang belum berubah ke tahap lebih baik.
Tetapi hanya segelintir yang bermain bunga api setiap tahun. Hanya segelintir yang mempunyai stadium yang canggih dan hanya segelintir yang berjaya dengan pelbagai kejayaan," tulis Tunku Ismail lagi.
Komen itu dibuat selepas laman Instagram kelab itu memuat naik senarai jumlah trofi yang dimenangi JDT sejak 2013.
JDT sudah memenangi semua trofi saingan domestik dan tahun ini menjadi pencapaian paling cemerlang dikecapi Harimau Selatan apabila menyapu bersih semua empat kejuaraan.
Anak buah Hector Bidoglio melengkapkan trofi keempat mereka musim ini selepas merangkul kejuaraan Piala Malaysia dengan menewaskan Selangor 2-1 di final, 26 November lalu.
Wartawan Sukan Sinar
Sun Dec 11 2022


Hantaran Liridon bikin TMJ 'geram'
Tindakan pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi, yang meluahkan sokongan kepada pasukan barunya, Terengganu FC (TFC), sempena aksi Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Iskandar Puteri malam tadi mengundang padah.

'10 tahun cakap lebih tapi padang teruk' -- TMJ
Ketika skuad Harimau Malaya masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas Kemboja pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Rabu lalu, kualiti gelanggang keramat itu menarik perhatian Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Piala AFF: Pemain bukan mesin -- Tunku Ismail
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala AFF pada 21 Disember ini.

Pencapaian JDT musim ini mungkin sukar diulang -- Tunku Ismail
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, merumuskan kejayaan Harimau Selatan sepanjang musim ini merupakan sesuatu yang luar biasa dan mungkin sukar untuk diulangi.

Tunku Ismail dedah sedang jalani kursus kejurulatihan di Sepanyol
Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mendedahkan bahawa baginda sedang menjalani kursus kejurulatihan di Sepanyol.

Tunku Ismail sokongan tindakan MFL
Pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim,menysokong tindakan penganjur liga, Malaysian Football League (MFL) mengguna pakai pemansuhan manual syarat pemain naturalisasi berkuat kuasa sejak 2020.

Piala AFF 2020: Tunku Ismail persoal FAM ubah pelan babitkan skuad B-23
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mempertikai keputusan pendedahan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya, minggu lalu, yang tidak memperincikan lagi punca kegagalan pasukan kebangsaan dalam Piala AFF 2020.

Sathianathan: Petanda TMJ yakin keupayaan Harimau Malaya
Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B. Sathianathan, tidak meragui kemampuan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menguruskan pasukan bola sepak Malaysia.

Tunku Ismail tawar diri urus Harimau Malaya, makan angin punca hilang taring
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menyatakan kesudian untuk membantu skuad kebangsaan sambil menegaskan tiada jalan pintas untuk kejayaan.

Nindia Bola: JDT lebih besar daripada Selangor -- TMJ
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan bahawa Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan pasukan terbesar di Malaysia pada ketika ini sebagai respons kepada kenyataan yang dikeluarkaan penyerang Selangor, Ifedayo Olusegun.

Sukan SEA Kemboja: Sepak Takraw tawar 22 pingat emas
Sebanyak 22 pingat emas akan menjadi rebutan dalam acara sepak takraw dalam Sukan SEA Kemboja 2023 bermula Mei depan.

Sukan SEA Hanoi ditutup gilang-gemilang
Sukan SEA Hanoi ditutup secara rasmi dalam satu upacara gilang-gemilang di Gimnasium Tertutup My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Penganjur janji majlis penutup paling diingati
Rakan serantau akan menyaksikan majlis perpisahan yang paling akan diingati daripada tuan rumah Vietnam semasa upacara penutupan Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA 31) selama 90 minit yang akan diadakan di Hanoi hari ini, menurut Pengarah Majlis Pembukaan dan Penutup Sukan SEA 2021, Tran Ly Ly.

Malaysia B23 sudah beri yang terbaik
Kegagalan dua penyerang Malaysia bawah 23 tahun Hadi Fayyad dan Luqman Hakim memyempurnakan sepakkan penalti setelah keputusan terikat (1-1) telah menggagalkan skuad Brad Maloney membawa pulang pingat gangsa temasya sukan SEA Vietnam kali ini.

Sukan SEA Hanoi: Luqman Hakim mohon maaf gagal jaring sepakan penalti
Penyerang skuad B-23 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin, memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas kegagalannya menyempurnakan sepakan dalam penentuan penalti perlawanan penentuan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman menang emas Muay Thai dengan rusuk retak
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Raqib, mendedahkan bahawa dia beraksi dalam final kategori lelaki elit bawah 54kg Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini dengan tulang rusuk yang masih retak.

Sukan SEA Hanoi: Legenda snuker Thailand puji Lim Kok Leong
Legenda snuker Thailand, James Wattana, memuji Lim Kok Leong selepas menewaskan wakil negara itu dalam final acara perseorangan lelaki Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Ha Dong hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Vietnam menang ibu segala pingat
Kegembiraan berganda buat kontinjen tuan rumah, Vietnam, apabila bukan sahaja akan dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam Sukan SEA Hanoi 2021 menjelang upacara penutupan esok, malah turut memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Nor Iman cipta kejutan menang emas Muay Thai
Atlet Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, mencipta kejutan apabila memenangi pingat emas dalam Sukan SEA Hanoi 2021 di Gimnasium Vinh Phuc hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Skuad negara terlepas pingat gangsa
Skuad B-23 negara terlepas kilauan pingat gangsa acara bola sepak Sukan SEA Hanoi 2021 selepas tewas kepada Indonesia dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Nasional My Dinh sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Berbasikal lebuh raya berpasukan wanita raih perak dalam hujan lebat
Nasib tidak menyebelahi skuad berbasikal negara apabila insiden kemalangan menyebabkan Malaysia terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dalam acara lebuh raya berpasukan wanita Sukan SEA Hanoi, hari ini.

Sukan SEA Hanoi: Tan Jie-Yen Wei lakar sejarah emas beregu campuran
Kem badminton beregu campuran negara melahirkan satu lagi permata baru selepas Chen Tan Jie-Peck Yen Wei memenangi pingat emas Sukan SEA Ke-31, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: James Wattana buat Malaysia kempunan emas snuker
Pemain legenda Thailand, James Wattana, membuatkan Malaysia terus kempunan untuk menguasai semula acara snuker individu apabila mengatasi wakil negara, Lim Kok Leong, di Gimnasium Ha Dong, sebentar tadi.

Sukan SEA Hanoi: Lim Kok Leong di landasan terbaik buru emas kedua snuker
Atlet snuker negara, Lim Kok Leong, berada di landasan terbaik untuk meraih pingat emas keduanya dalam Sukan SEA Hanoi 2021 selepas menempah tempat ke final acara perseorangan lelaki esok.

Sukan SEA Hanoi: Bukan hari kami -- Johnathan Wong
Penembak negara, Johnathan Wong, mengakui tidak dapat memberikan aksi terbaik bersama Nurul Syasya Nadia Ariffin sehingga terkandas dalam pusingan kelayakan acara 10 meter air pistol berpasukan campuran Sukan SEA Hanoi 2021 hari ini.